Dunia maya ni sepatutnya memudahkan kerja kita tapi sememangnya menjadi kemudahan untuk mereka yang bercita cita untuk hidup mudah dengan cara mudah iaitu jadi penyangak siber ..
Aku tau.. ada yang cuba gunakan blog sebagai medium untuk menipu orang .. Hati hati la semua .. Mereka cuba menghimpit kita dengan pelbagai cara .. Kalau terpedaya , kita kena tanggung segala 'busuk' yang mereka buat tu !
PHD .. yang ni , aku rasa ramai tau dah.. boring dan bosan nak layan .. Sehinggakan ada blogger tak larat nak layan kerenah mereka ni dan rela tutup je blog .. Hurm.. apakah mereka gembira agenda syaitan mereka menjadi kenyataan ?
Apakah susah sangat nak bersatu ? Dah di luar sana pon kalut dok bergaduh .. Ni sekadar dunia pendapat masing masing , gunakan kebijaksanaan untuk mengeluarkan pendapat bukannya segala kutukan dan kejian.. Bukanlah mereka ingin minta dipuji atau dipuja tapi sekurangnya berilah pendapat yang membina ..
Fikirkan .. kalau luar sana kita ini tiada nilai, sekurangnya dalam dunia maya ini cari kualiti diri sendiri ..