Bukan mudah ... Cabaran demi cabaran .. Dugaan demi dugaan aku tempoh sepanjang aku berblog .. Bukan mengejar populariti pada paras rupa mahupun fizikal tetapi mahu dikenali dengan blog yang santai di arena blogging ini ..
Ternyata , aku berjaya melakukannya .. ( antara entri rujukan : sini , sini dan sini ) .. Sebenarnya , aku mahu dikenali kerana penulisan aku , cerita aku dan kesantaian aku .. Bukan paras rupa yang terpacak kat blog aku tu ..
Gambar aku tu dah macam satu brand .. Jenama.. Kalau tengok je gambar tu , orang dah kenal .. tu BEN ASHAARI .. Sama gak cam sardin cam ayam la.. Gambar ayam kan.. padahal sardin ! Haaa...
Aku bangga ? aku cuma bangga bila mereka menghargai segala usaha aku membangkitkan semangat mereka berblog dari membuang masa di FACEBOOK , bermain game atau melepak tak tentu hala ..
Dengan berblog , mereka akan dapat ramai kawan seperti yang kita nampak baru baru ini du gathering SAHABAT BLOGGER ! Berjaya menyatukan berpuluh puluh pelajar dan juga mereka yang sudah berkerjaya di bawah satu bumbung iaitu BLOG !!!!
Jika ada yang ingin katakan aku berlagak , terima kasih .. Hanya mereka yang mengenali diri aku ini mengetahui betapa berlagaknya aku ni ...
Apa pun , aku tetap berbangga .. mereka telah aku berjaya bangkitkan semangat berblog .. Yang mengutuk aku tu , apakah kejayaan anda ??