" saya macam tertanya-tanya, macammana ye if blogger yang memang tak suka n takkan post gambar die dalam blog?
since saya tengok dan perhati, even dalam blogger pilihan BA or di sebalik tabir semua ada pic yang ditonjolkan.
selama saya berBW,kebanyakan header adalah muka tuan blog tu.tapi bagi yang memang suka 'menyimpan' mukanya, adakah tu dikatakan tak jujur or something else? "
Salam dan selamat pagi ..
Hurm .. Adalah hak masing masing untuk meletakkan gambar mereka atau tidak ... Tetapi majoriti pembaca lebih selesa membaca dan menjadi pembaca setia sesebuah blog itu setelah mengenali pemilik blog tersebut menerusi gambar serta cerita cerita kehidupan harian blogger tersebut .. Ini pendapat aku ..
Ok..kenapa aku tonjolkan blog blog yang ada gambar pemilik tuannya .. Sebenarnya aku tak galakkan blogger wanita terlalu tonjolkan gambar mereka dalam blog kerana boleh mendatangkan ' masalah ' satu hari nanti atau disalahgunakan .. Tetapi apa yang aku cuba buat ialah menonjolkan blog mereka dengan mengenalkan blogger tersebut kepada pembaca di blog aku ini .. Contoh gini yer ,
" Kawan kawan , ini rakan blogger baru kita ... Si polan binti /bin si polan ... marilah berkenalan " ...
Mereka lebih selesa untuk berkawan selepas itu .. Cuma gambar di header tu biarlah selesa dan tidak menyakitkan mata.. Dan bagi aku itu adalah satu keberanian.. Bukan menjual muka tapi yakin terhadap diri sendiri dan seterusnya berhati hati dalam penulisan dunia blog ini kerana mereka telah 'dikenalpasti' kerana gambar mereka telah terpampang !
Ok ..soalan selanjutnya .. bagi mereka yang menyimpan muka atau tak letak gambar mereka , apakah mereka tidak jujur ?
Lihat contoh paling dekat .. MAT GEBU @ .. Dia tak letak muka pon ? Blog wife aku tak letak muka pon ? Banyak blog tak letak muka pon .. Tidak pernah timbul persoalan mereka ini jujur atau tidak .. Ibarat penyanyi kumpulan AMUK yang pakai topeng ketika menyanyi.. Penonton tertanya tanya .. siapakah dia sebenarnya ? Sekadar tertanya tanya.. Bukan isu jujur atau tidak ..
Kejujuran sesebuah penulisan boleh dikesan di dalam entri blog mereka .. Jika mereka pembaca setia blog tersebut , mereka boleh mengetahuinya .. Jika blog itu adalah pertama kali dibacanya , mmg agak sukar untuk mengesannya tapi bersikap positif ... iaitu ambil yang baik baik isinya ... Mudah je kan ?
Kesimpulan ... aku akan pilih blog blog yang mana mereka sendiri berminat untuk aku tonjolkan mereka dalam dunia blog ... Jangan lupa , aku ada BLOG PILIHAN , HEADER PILIHAN dan ENTRI PILIHAN .. Ops.. BLOGGER PILIHAN .. Sekadar promosi percuma buat rakan rakan blogger sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka pada aku selama ini ...
TERIMA KASIH ..