Semalam sewaktu melepak ngan Ujang dan wifenya , pelbagai isu dibincangkan .. Wacanaku pon ada ... hehehe.. tapi sewaktu isu di bincangkan wacanaku lom sampai lagi ..
Isu blogger kutuk blogger sebenarnya isu bosan .. Sangat bosan .. Bila memula tu , mungkin seronok , tapi bila lama lama , sangat membosankan .. Ianya hanya berjaya menarik minat pembaca yang punya perasaan yang sama .. Hak pembaca .. kan ?
Ok... terfikir aku tadi sewaktu membersihkan courtyard di rumah aku .. Hehe.. Kenapa boleh timbul isu isu begini lagi ? Ok.. aku baru faham.... hehehe..
Blogger yang tiada kehidupan sosial yan mana hanya duduk dalam rumah , bertenggek depan pc , tiada kawan , tiada aktiviti , sememangnya tiada isu untuk diupdatekan dalam blog ..
Ini mmg berlaku pada mereka yang tiada idea lagi atau kering kontang dalam mengeluarkan entri terkini .. Cara terbaik , cari isu dengan membuka pekung rakan blogger yang lain ..
Hurm.. konsep ni mmg senang sangat .. pastinya ramai penyokong akan berkompang disitu .. heheh... Dan ini akan membuatkan blogger tersebut mendabik dada ... bangga ... bangga amat sangat la.. sebab penulisannya mendapat tepukan gemuruh lebih lagi bila mengenakan rakan blogger yang sama mereka antikan .. Punca ? Entah... pelik bukan ?
Sebenarnya kan ... seperti wartawan , blogger perlu bijak cari info , cerita cerita yang lebih bermanfaat untuk pembacanya .. lain dari yang lain .. baru la setiap blog ada uniknya ..
Ye , sesekali tak pe la.. blogging untuk kepuasan diri.. Tu diri sendiri.. pembaca lak camana ? Baik privatekan je kan ? Kalau blogger baru baru nak belajar tu tak pe la.. tapi yang dah lama lama ni ? Hurm...
Pernah ke kita baca dalam suratkhabar atau majalah , wartawan jatuhkan wartawan semata mata nak naik ? Mereka bersatu lagi ada laa..
Blogger ? Aku tak kata aku betul.. aku pon wat silap banyak gak .. sebab tu aku ajak rakan rakan blogger dan pembaca sama sama fikirkan ... Apa yang uniknya kita dan berbezanya kita dengan yang lain dan mampu memberi pulangan yang berguna kepada pembaca kita bila mereka singgah di blog kita ?
Fikir fikirkan bersama yer ..