Bila aku nak lakukan sesuatu , 50% aku akan dengar cakap naluri aku ... Biasanya kalau aku was was , pasti aku akan nyesal selepas itu ..
Kalau rasa nak buat sesuatu yang mana cam rasa tak berbaloi , maka naluri aku suruh hentikan.. Tapi aku tetap teruskan dan hasilnya seperti yang aku dah mmg jangkakan .. Pastu menyesal sendirian.. hehehe
Bila ngan wife , aku percayakan dia .. bila dia lakukan sesuatu , pasti aku rasa dia jauh lebih berwaspada .. Tapi naluri aku selalu suruh aku je amik alih 'tugas' tersebut memandangkan rasa macam ada je tak kena ...
Tadi ... lepas amik wife , nak balik ke rumah .. Kad parking ditangan dia , 'ghaib' .. tercari cari kat dalam beg tangan.. tak jumpa.. abis cari dalam kereta ...
" Jatuh kat tempat tadi kot .. " aku kata ..
Dinafikan .. Ok .. tak per..teruskan mencari... Namun di hati aku .. aku pasti kat sana ... Lepas dia puas mencari , aku cadangkan cari kat tempat parking ..
Dan ... tu dia ! Hurm.. dan selepas ni , aku nak percaya pada naluri aku 100 % ... Banyak kali dah buat silap sbb tak percayakan naluri.. hehehe.. Bukan ikut kata hati tau tapi naluri .. ada beza... :)