Aku baru layan MELODI.. Ada satu artis ni .. cakap pasal tweetnya terhadap sorang lagi artis yang kononnya nak menegur artis tersebut kerana dia terlewat datang ke shooting kemudian tak mintak maaf ..
Pergh.. berasap telinga aku .. Kenapa ? Dia kata itu hak dia.. Yelah , dia kata tu akaun dia..page dia ..maka dia boleh tulis apa saja apa yang dia rasa !!
Mmg betul ! Boleh tulis apa saja .. Tapi GUNALAH OTAK !! Nak tegur tu biarlah ada gayanya.. ada caranya .. Jangan tunjuk kita ni tak berpelajaran.. tidak beragama ..
Dia bangga follower dia ramai.. menyokong dia .. !! Tolonglah .. FOLLOWER ni.. hari ni dia sokong .. esok lupa dia boleh jadi penentang yang paling bahaya !! Aku tak kata semua la.. tapi itulah yang aku rasa selama ni ..
Maka jangan dibanggakan sangat jika kita ramai FOLLOWER .. Dan aku , aku tak pernah fikir aku ada follower !! Maaf .. aku bukan seorang yang patut diFOLLOW.. Kalau nak FOLLOW sangat , jom kita follow MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W .. Satu satunya insan dari dulu hingga kiamatnya dunia ini yang patut kita follow !
Laman sosial sepatutnya dijadikan tempat menambahkan pahala ... sebarkan maklumat yang positif... membina persahabatan .. mencari kekuatan diri .. bukannya memusnahkan diri sendiri...