Maha Besar Allah .. Tiada yang sempurna melainkanNya..
Hari ni , aku bersihkan rumah dari A-Z .. wife ada tolong setakat termampu je la.. tak kisah pon.. Dah tau dia mengandung dan tak boleh buat kerja berat.. Jadi , aku kena amik alih.. Suka atau tidak , ikhlas atau tidak ..kena buat !
Memula wife kesian kat aku .. Nak upah orang gaji ikut jam.. Tapi aku tamo .. Bahaya.. Zaman ni macam macam bentuk jenayah ada .. Tak boleh nak dijangka.. Kang diorng datang rumah , periksa sana sini , tau akan 'kelemahan' rumah kita.. haaa.. selamat !! Kena ada curiga sedikit.. Lagi pon kena bayar , mahal gak wooo.. Kena jimat skang ni .. Lebih lagi zaman cukai ni .. perghh..
Abis kemas rumah ... aku ajak wife g beraya kat rumah jiran. Ada open house.. Dijemput gitu la... Tu pon dah lewat petang.. Sebab sebelum tu , orang tua aku datang..
Nak dijadikan cerita , berborak la pasal mengandung ni .. Pakcik ( tuan rumah ) tu cakap , ni la masanya suami mengambil tugas isteri .. Nanti dah ada anak , suami tau dah nak buat apa bila isteri tak sihat .. Nak kemasa rumah , jaga budak , masak .. Semua tu bukan saja memerlukan skill tapi KESABARAN !
Betul jugak kata dia.. Mmg mencabar betul ! Serius .. bukan semua lelaki mampu sabar pada mulanya .. Tapi lama kelamaan , alhamdulillah.. Bak kata orang , SABAR JE LA..
Sempurna kan ? Sebelum ada anak , suami 'dilatih' bersabar dengan kerenah isteri kerana karenah isteri ni lebih mencabar dari anak-anak ! Haaa... Isteri pulak , 'dilatih dengan mengandung selama 9 bulan sbb nak jaga baby tu semasa kecik .. Nak dukung.. menangis dia.. Pastu dengan , mual dan mabuk isteri tu agar senantiasa berjaga malam agar nanti dah ada baby tu , tak sukar nak jaga malam !
MasyaAllah ... tak terfikir aku .. Ni aku fikir selepas pakcik tu cakap .. Jadi , buat mereka yang senantiasa dok terpinga-pinga akan suatu kejadian dan tidak dapat fahaminya dengan tepat , ada baiknya terima saja akan keadaan itu dan insyaallah , satu hari nanti , kita akan faham juga...