Tadi , ada satu perbincangan secara sihat tanpa tuding menuding mahupun menggunakan id Anonymous atau buruk sangka ,berlangsung di pejabat aku .. Kira ahli mesyuarat tingkap punya meeting la ni .. Isunya , boleh ke derma organ ni lebih lagi orang Islam.. Maka aku kata , boleh saja sbb aku pernah baca fatwa mengenainya satu tika dulu ..
Jadi untuk menguatkan lagi hujah aku tu , aku pon google.. Jumpa dan aku nak berkongsi dengan rakan pembaca .. Haaa... Ada yang berminat nak derma organ ke ??
Mafhumnya: “Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena dia membuat kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya. Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (al- Maidah: 32)
Fatwa-Fatwa Berkaitan Pendermaan Organ
Dari sudut Islam, pemindahan organ diharuskan dengan syarat:
- Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
- Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma atau penerima organ.
- Pendermaan organ dilakukan dengan ikhlas dengan niat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
- Pendermaan organ perlu mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Untuk membaca dengan lebih lanjut , sila klik SINI ..
Dari derma dara , baik derma organ !