Kebelakangan ini banyak pendedahan pendedahan terhadap ahli politik atau selebriti hiburan melalui blog .. Kesannya , blogger dikatakan suka memperbesarkan isu-isu panas ..kan ?
Kenapakah begitu ? Jeng jeng jeng .. Duluuuuuu kalu , kalu bengang sama itu individu ( ahli politik atau selebriti) , mana mau cerita ?? Mesti la lepak kat kedai mamak atau tepi padang bola.. Sekarang ni sudah maju !!! Sapa buat silap , maka zassssssssssss .... Ni makan dia !
Blogger bukan gila isu panas .. Majoriti blogger menggunakan blog sebagai tempat meluahkan pendapat masing masing .. Kemudian isu itu juga dibaca bersama rakan rakan yang lain dan berkongsi pendapat.. Haaa. ok pe ?? Amik la tauladan sekiranya isu tu isu negatif .. Ni tidak , kalau bab puji jerrr nak melambung lambung ! Tapi kalau kritik ?? Tamo langsung baca.. Tak adil la kan.. Tapi yang suka caci maki tu mmg tak patut la.. Tu mmg spesis lepak kedai mamak guna basikal punya tu... Sori mamak , mamak tarak salah tapi itu orang juga salah ! Low class punya mentaliti !
Tak kira artis , ahli politik atau mana mana individu sekarang ni mmg mudah jadi sasaran .. Ini sepatutnya tak patut juga la kan .. Seolah olah nak mengaibkan ..Jika nak memberi pendapat atau pandangan , elakkan dari mengaibkan mereka ..Jangan sekadar tau mencaci maki tapi berilah pendapat juga ...
Blogger bukan wartawan .. Tapi blogger adalah pemerhati dunia masakini ... Disini juga blogger mewarwarkan keadaan dunia semasa , kebajikan rakan-rakan mahupun gossip gossip dalam kain artis yang sememangnya gilakan glamour !
Jaga-jaga.. ada blogger memerhatikan anda ... 10 dari rakyat malaysia sekarang ini , 8 orang pasti punya blog atau paling tidak pun punya FACEBOOK .. Paling mudah dan pantas menyebarkan berita samada sahih mahupun tidak .. Sendiri buat , sendiri tanggung dosa ....