Boleh tak aku mencaci maki dalam entri ini ? Sebenarnya niat aku hanya nak membuka pekung apa yang berlaku dalam negara ini seperti mana seorang pengarah muda lagi berbakat besar dalam caci maki diangkat martabatnya sebagai rakyat yang serba boleh !
Tak sesuai kan ??? Kita rakyat Malaysia , mana sesuai nak caci maki sesama kita .. Kalau duduk berdua kat kedai mamak tu , lain cerita la.. Ni caci pas tu letak kat internet.. Kasi semua orang tengok.. Sesuaikah ??
Ada yang kata , ada isi dalam filemnya .. Seperti KL GENGSTER , HANTU BONCENG , semua filem filem itu punya teladan.. Dah tengok AKU TAK BODOH ?? G tengok filem tuu ... Kat Youtube pun ada ..
Bagi aku mudah jer .. Caci maki bukan budaya orang Malaysia ! Kalau dia benar benar insaf , maka dia perlu berhati-hati dengan setiap tutur kata dia .. Jangan lupa , dia sekarang juga seperti selebriti yang lain di Malaysia . Kalau dulu sekarang mat vlog , mungkin lagi boleh diterima tapi sekarang dah jadi pengarah terkenal di Malaysia !!! Peeewittt.. Korang kenal ? Aku kenal sekali tu je ..
Mungkin ada yang sokong apa yang dia buat .. Silakan .. Tiada halangan .. Tapi jangan pulak nak caci maki aku kerana aku tak sokong .. Dia caci maki penulis kolumn Utusan melalui Youtube untuk menyampaikan 'perasaannya' maka ini adalah perasaan aku .. Tanpa maki hamun pon ..
Pihak atasan pon , kalau takat nak tengok anak watan negara ni berbakat , tuuuu .. berlambak kat MMU , UITM dan banyak lagi IPT yang ada bakat bakat cam tu.. Confirm boleh buat filem ROJAK ke .. PASEMBOQ kee... PUTU MAYAM kee.. kalau takat nak bukak pekung kerajaan .. Ramai berminat !
Haish...
Blog Pilihan : Nini Hartini