Wahahaha... Youtube NamaWee maki Utusan Malaysia dah disekat !
Adibah Noor dan Adflin Sauki melahirkan rasa kesalnya kerana gagal pimpin si mamat ni ..
"Saya kesal dua perkara," kata Adibah Noor bila diminta memberi komen tentang tindakan Namewee meluahkan perasaan amarahnya terhadap seorang wartawan Utusan di YouTube beberapa hari lalu.
"Satu, Namewee tidak mampu kawal panas barannya. Kedua, kita yang dapat menghampirinya masih tidak dapat pimpin dia. 'Kita' merujuk kepada sesiapa yang dapat berjumpa dan bekerjasama dengannya.
"Seperti bila bekerjasama di dalam filem 'Nasi Lemak 2.0', saya cuba tunjukkan yang bangsa kita tidak seperti yang disangka, that 'Hello, boy. Wake up, everyone is just like you.'
"Bila dapat tahu (tentang video itu), 'Alamak, apa budak ni nak buat.' Rilekslah dulu. Jika masyarakat nak benci, biarlah. Tapi cuba fahami where he's coming from.
"Baik saya mahupun Afdlin (Shauki) tidak menyokong tindakannya. Kita tak suka but what are we doing about it? Adakah kita nak biarkan dia menjerit seorang diri? Atau adakah kita akan pimpinnya? Sebaiknya, kita duduk dengannya, cakap cara baik dan tanya, bagaimana kita boleh menolong anda." - GUA
Heheeh.. lama dah kesal ngan mamat ni ... Aku pon ada gak perasaan tak puashati dengan 'mereka' tu cuma tak la diluahkan dengan maki hamun .
Blog Pilihan : embun aRoRa