Tadi ada yg tanya.. aku tgk dah..sesuai la utk mereka yg nak miliki lengan yg caantikk..
Selamat bersenam...
Selamat bersenam...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Memandangkan aku nak jadi full time blogger tahun depan , maka event begini aku kena pergi untuk mendapatkan 'network' di masa depan.. Kena kerja keras untuk berjaya ..
Blog adalah mediumnya.. Sapa tau kan ? Hehehe... Usaha tangga kejayaan.. InsyaAllah .. Yang penting , kena sedar diri dan jangan lupa daratan dan Allah !
Ramai tertunggu-tunggu iphone5 diumumkan.. Nak tengok camana dia punya rupa dan kelebihan .. Tapi hampaa.. Hampa kerana bukan iPhone5 yang diumumkan sebaliknya iPhone4 yang dipertingkatkan mutunya lagi dan dipanggil iPhone 4S .
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti 'pembantu peribadi', tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru - iPhone 5 - seperti yang dinanti-nantikan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit
Nasib baiklah aku bukan peminat gadget Apple.. hehehe... Jadi tak la frust sangat.. Tunggu HTC keluar yang terbaru lak selepas HTC Evo3D ... lalalalal...
Orang kata , kalau isteri mengandung .. perangai si isteri jadi pelik atau suami tu .. Pelik , maksudnya tak pernah dibuat gitu.. Aku ??
Kebelakangan ini , aku jadi 'bapak malas !' ... Nak ke sana sini , malas sungguh .... Nak duduk rumah je rasa.. Tidur tu tak la , tapi malas nak bergerak...
Tidur ? Aku susah nak tidur sbb masa berharga bagi aku.. Aku stop layan blog , kul 1 pagi .. Pastu baru tidur.. Lepas subuh tu , dah mula kerja walaupun hari cuti..
Teruk kan ? Tapi aku malas ! Hahahha...
Blog Pilihan : mokcik ni ha..!!
E
"SAYA SUDAH MEMPEROLEHI RM60,700 DLM
MASA DUA BULAN
DENGAN BISNES TERULUNG TAHUN INI ! "
Makin berlambak pulak email-email macam ni masuk ke inbox aku .. Tu baru duit.. Part kapsul hebat diranjang laa.. Isteri sayang punya laa.. Adoiii.. Hebat bila makan ubat ! Tak makan ubat , kena sebat dek isteri ?? Haaa... isteri cari lain baru tauu !
Ni bisines 'jutawan segera ni ' satu hal lagi.. Kalau dah sampai RM70K sebulan, apa jadahnya sibuk dok mengemail orang ?? Bila nak join, ceritanya lain..
Pastu , tepuk dahi .. kena kencing .. Nak kaya punya hal .. Haih.. macam macam .. Buat la bisnes yang memberi manfaat pada orang lain.. Sapa tak nak kaya kan ? Tapi kayalah dengan mengayakan orang lain !
Pagi pagi , rakan kita dah menelaah blog rakan rakan .. Kata mereka , ada bnyak isu menarik untuk dibaca .. Hurm.. aku pon nak tau gak sebenarnya.. Apakah citarasa mereka ? Mungkin dengan cara ni , kita dapat memperbaiki lagi penulisan kita dan juga memahami apa yang mereka maukan dari blog kita.. Tak gitu ?
Jom kita layan satu satu...
TERIMA KASIH ...
Jeng jeng jeng .. mudah jerr .. Senang jeeer ... Confirm AIR ASIA pon kalah punyaaa.. hehehe...
Contohi mereka ! Kat skrin tv dalam kapal terbang tu , kasi taruk iklan .. Haaa.. amik je iklan iklan yang ada di dalam Malaysia ni .. Kalau boleh , mereka yang buat blogshop pon leh iklan kat dalam kapal terbang gitu.. Barulah masyukkk ... Taruk kat belakang tempat duduk ( seat ) kasi penumpang kat belakang nampak lagi bagus.. Tayang iklan 20 minit pastu 1 minit drama atau filem 10 tahun lepas punya.. Jimatttt...
Apa ada hal... Air Asia boleh ? Takkan MAS nak jaga standard lagi.. hehehe... Buat ASTRO dan TV3 , terima kasih kerana menyiarkan iklan iklan yang jauh lebih bermutu dari drama yang ditayangkan . Walaupun ada drama atau filem berulang kali ditayangkan , mereka tetap menyukai iklan dari drama atau filem tersebut. Perbanyakkan lagi iklan iklan yang bermutu yer..
Semoga berjaya MAS .. Menang award pon tak guna kalau asik rugi.. lalalalla... Harap pasni leh beli kapal lagi besar.. Cash ! Jangan beli kelab bola EPL dah la.. Kalau nak beli , beli Barcelona terus atau team Brazil.. Baru berbaloi.
Huh !
Baru aku tau .. Semoga kali ini selamat dan dalam keadaan sihat hendaknya buat mereka.
" Selepas dua kali berturut-turut mengalami keguguran, Norashikin Rahmat atau Ekin yang juga isteri kepada penyanyi terkenal, Mawi mengakui dia mendapat perhatian penuh dan kawalan ketat daripada seluruh ahli keluarganya terutama suami tersayang sejak dikhabarkan hamil buat kali ketiga.
Mengharapkan kandungannya yang sudah pun berusia 4 bulan 2 minggu berada dalam keadaan sihat sehingga tiba waktu kelahiran nanti, Ekin memberitahu dia telah mengambil suntikan menguatkan rahim serta mengambil suplemen tambahan pada bulan ketiga kandungannya." - Yahoo
Hurm... begitulah... Bukan senang tau nak dapat baby .. Haaa.. Bagi mereka yang teringin nak baby tu , buat cara yang betul yer .. NIKAH baru KAHWIN .. Jangan buat terbalik lak .. Cari pasal namanya tu..
Buat ibu-ibu yang sedang mengandung , semoga anda dan kandungan sihat sihat yer .. Buat bakal ayah dan juga yang dah jadi ayah tu , jangan mengatal yer .. Hehe.. Kang , bala gak dapat...
Blog Pilihan : Syafiyah Muda
Virus ini semakin menjadi-jadi. Berpunca dari negara barat namun tak dapat dikenalpasti negara mana yang menjadi akar tunjangnya tetapi semakin merebak ke negara ini.
Mereka yang terkena virus ini akan senantiasa tersenyum.. Senyum bangga dek dipuji kerana punya ketiak yang cantik dan putih berserim Senyuman ini sebenarnya adalah petunjuk bahawa mereka sedang menderita penyakit ini ..
Untuk mengelakkan penyakit ini , dinasihatkan menambah amal ibadat sebab takut terlambat bertaubat.. Heh.. Betul.. aku tak tipu.. Untuk mengubatinya amat mudah. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Untuk melihat mereka yang tekena penyakit ini , bolehlah anda ke laman sesawang ini yang banyak menghimpun info info terkini dari dunia nyata mahupun dunia sandiwara... Klik VIRUSKETIAK
Setelah hampir 3 bulan aku , suami isteri hidup tanpa ASTRO yang mana selama ni aku membesar dengan ASTRO , dengan bangganya aku bagitau ... ASTRO tidak mempengaruhi kehidupan seharian aku ..
Dalam erti kata lain , tak tengok tv pon tak pe la.. Serius ! Tv sekarang ni aku nampak hanya berguna untuk info seperti berita dan rencana rencana penting seperti agama sebagainya..
Dan , hiburan seperti drama ke , nyanyian ke.. semua tu sangat sangat tidak memberi manfaat... Dengan ini , aku nak besarkan anak anak aku nanti , tanpa hiburan yang banyak melalaikan aku satu tika dulu ..
Tertanya gak.. apa jadi dengan isu kenaikkan yuran ASTRO ? Lamanya meeting ???
Lupa pulak... tak mati tak tengok ASTRO !