“ Persoalan : knp ye blog simple tp popular???? “
Hurm … persoalan yang ditujukan kepada aku .. Erk.. aku ke ? Ke aku syok sendiri ni ? Tapi dia tinggalkan kat ruang komen aku .. Mesti aku la tu kan ?
Popular tu tak datang sendiri .. Simple tu bukan sekadar mudah .. Tapi segalanya kerana usaha dan juga pengalaman .. Kesabaran , kecekalan mahupun kreatif.. Segalanya datang seiring ..Dan selebihnya adalah milikNya.. Aku cuma mampu berusaha saja..
Aku amik contoh nasi lemak .. walaupun ramai menjualnya tak kira tempat mahupun nak bikin nasi lemak pon tak secerewet mana , tapi berapa ramai penjual berjaya membuatkan pembeli kembali membeli nasi lemak kepadanya ?
RESEPI .. itulah yg perlu ada dalam sesebuah blog .. Kalau takat cantik saja pon lom tentu mampu memikat pembaca .. Resepi juga akan menentukan keunikkan sesebuah blog tersebut ..
Maka jangan hairan kalau sesebuah blog tu nampak biasa tapi popular dikalangan blogger .. Camana mereka lakukan ? Yeargh… korang pasti ada jawapannya bukan ?
Nak buat blog tu mudah .. tapi nak tarik orang baca blog kita tu ?