Wah .. Keputusan PMR 2011 nak keluar dah ! Jeng jeng jeng .. Ileks arr.. Nak kalut menda .. Exam amik dah .. Yang mana dah berusaha abisan tu , tawakal je la.. Kita mampu mencuba dan berusaha. Selebihnya , serah pada Allah .. Tapi jangan lupa berdoa la kan .. Harapkan yang terbaik buat kita ..
Bagi yang kurang bernasib baik , janganlah putus asa .. Ni bukan penamat hidup .. Allah tahu apa yang DIA buat .. Kita pastikan kita tak terkeluar dari landasan sepatutnya , dah la kan .. Maksud aku , berpegang pada Al-Quran dan Sunnah.. Maksudnya , bila tak bernasib baik , maka teruskan berusaha dan dekatkan lagi dengan Allah.. Yang berjaya tu pon , jangan leka dan lalai .. Jangan lupa Allah , keluarga dan juga masyarakat !
OK .. Perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS 15888 akan diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis 2011.
Cara menghantar sms online adalah seperti berikut :
PMR < jarak > NO IC ANDA <jarak> ANGKA GILIRAN ..
Hantar kepada 15888
Contoh : PMR 000000-00-0000 AA000A000
Caj penghantaran : 15sen
Caj Penerimaan : 20 sen
Faham tak ni ? Tak faham kalu , sms kat aku je la .. aku bagi results anak jiran aku eh ?
Tahniah bagi yang berjaya dan yang kurang bernasib baik , cuba lagi .. Aku ada ramai kawan yang mana gagal dalam sekolah tapi berjaya dalam hidupnya , berkat usaha gigih membuktikan yang mereka mampu berjaya walaupun gagal di sekolah !
Yang penting , jadi manusia yg berguna !