“ Gila ? Buat blog dapat duit ??? Hahaha .. hampehh ! Omputih boleh la.. Tak pun diorang buat bisnis dalam blog tu , baru leh dapat duit ! “
Aku pon tak caya gak dulu .. Tapi tak guna tak percaya kalau tak cuba dulu kan ? Maka , 2 tahun lepas .. aku mula buat blog dan hari ni , aku tak sambung kontrak dengan kementerian kerana aku enjoy dengan apa yang aku buat !
Apa yang aku dapat dari blog , lebih dari aku dapat kat sana .. Dan paling penting ialah , aku minat bidang ini ! Tensen tensen aku pon , inilah pilihan aku ..
Berapa ramai yang berjaya setelah bekerja sendiri ? Walaupun ramai kecundang , ianya tidak akan mematahkan semangat aku . Aku hanya perlu kerja keras dan berdoa.
Tak susah sebenarnya .. Bayangkan .. Aku ini cuma manusia biasa yang takde sebarang ‘bintang ‘ atau status pon tapi korang kenal aku dan baca tulisan aku. Bukankah itu satu pencapaian ??
Ramai takut untuk melepaskan tongkat sedangkan dia dah mampu berlari ! Mereka lebih rela berjalan menggunakan tongkat seumur hidup kerana takutkan masa depan !
Yup .. itulah semangat yang aku dapat dari filem 3 IDIOTS ! Rezeki Allah ni luas ! Cari dan gali … insyaAllah .. Hanya pemalas saja duduk dan ngangakan mulut … Harapkan burger jatuh dari langit !