Dari Hmetro melaporkan , seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur , hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).
Isu ni banyak kali dah aku update dalam blog aku ni sewaktu aku dok ke hulu ke hilir di stesen TBS tu haa .. Sampai sekarang masih ada ! Bila tengok muka muka penyangak tu , mmg sakit hati ! Dia punya lakonan macam si mangsa menang hadiah tu , Aaron Aziz pon kalah ok ! Pandai gilaa wooo .. Dia eksaited lebih lak !
Kesian .. serius kesian bila tengok muka yang majoritinya perempuan dan mmg nampak gaya orang luar . Pesan aku buat student terutamanya , bila kat tempat tempat macam ni , tolong jangan amik port dengan diorang .. Bila berjalan tu , jgn tengok muka diorang . wat bodoh jer.. keluarkan handphone , dan buat buat call orang atau terus je geleng kepala ! Jangan takut .. Semua tu penyangak besar tu !
Pelik sampai sekarang masih lagi wujud walaupun aku rasa pihak berkuasa berkeliaran kat situ .. Kebal betul ..