Ramai teringin benar nak jadi blogger yg dikenali ramai , dengan pelbagai niat dan alasan. Tak kisah la apa sekali pon alasan tu . Yang penting , takde sapa mati kerananya nanti .. Yelah , mana tau ada yg mempergunakan isu isu menjatuhkan maruah atau mencetuskan kontroversi murahan semata-mata nak naikkan nama blog .. kan kan ?
Kenapa tangan aku ni ? Tak silap aku , dah 10 tahun aku keluar masuk gym .. Tujuan aku , bukanlah nak memiliki badan mantap atau nak masuk mana mana petandingan sebaliknya lebih pada kepuasan diri selain dari menjaga kesihatan..
Jadi , tapak tangan aku ini adalah bukti segala perit getir yg aku lalui selama 10 tahun .. Tu tak masuk lagi dengan sakit tengkuk , pinggang , salah urat .. dan banyak lagi ..
Tak semudah itu nak mencapai keputusan yg kita impikan melainkan dengan usaha keras berpanjangan .. Jangan cepat putus asa , bosan dan patah semangat.
Malaun malauan yg nak jatuhkan kita tu , mmg ramai. Diorang lebih suka tengok boroi dari kekalkan bentuk badan begini. Punca ? Hanya Allah saja mengetahuinya.
Begitu juga dengan blog .. Bukan hanya tayang muka atau buat entri panas untuk up sebaliknya perlukan perancangan serta kebijaksaaan untuk memastikan blog kita , diterima ramai ..setiap hari !