Dari awal aku berblog aku berblog hingga sekarang .. Aku tak kisah pon pada mereka yang nak atau tak nak follow aku .. Sebab bagi aku , aku tau blog aku belum mantap dari segi penulisan mahupun juga tarikan pada template.. Apa yang aku buat , aku terus je berkarya .. Nak baca , baca .. tak nak baca , aku tak leh buat apa ..
Memang benar Follower tu penting , tapi kalau sekadar memenuhi gadget tu tak guna gak kan ? Lebih baik tumpu pada mereka yg nak masuk dan baca .. Kalau takde orang nak baca , usahakan dengan menukar corak penulisan yg lebih menarik , santai dan berinfomasi .. Lebih baik 1 dari 100 orang masuk tapi sekadar tinggal komen yg takde kaitan langsung dengan entri ..
Qhaliff .. sudah seminggu lebih aku cerita mengenai dia .. Secara automatik , blog aku bertukar pembaca .. Dulu blog aku penuh dengan pembaca yg muda belia , sekarang ini .. yg masuk terdiri dari golongan baru iaitu ibu ibu dan juga mereka yang sudah sampai masa untuk mendirikan rumahtangga ..
Cerita mengenai Qhaliff , mmg seronok .. Bukan sebab teruja anak pertama atau kerana kecomelan dia menyerupai ayahnya ( ok .. aku tau korang meluat baca part ni .. hahaha ) , tapi ianya satu babak baru dalam ehidupan aku ..
Dengan bercerita mengenai baby ni , pelbagai info yg boleh aku dapat dari rakan rakan pembaca yg telah punya pengalaman juga ilmu . Secara tidak langsung , pembaca lain turut sama dapat info mengenainya ..
Kesimpulannya , dalam berkarya melalui blog .. tumpukan pada penulisan sekiranya kita dah punya pembaca setia . Jangan tunggu hingga beribu baru nak beria sebaliknya dari 1 itulah akan berkembang menjadi lebih ramai ..
Satu nasihat aku bila berblog .. jangan busuk hati dengan rakan yang lain . Anda punya ladang tanaman sendiri , maka jaga dan bajailah .. Jangan sibuk nak meracun tanaman orang lain .. Tak guna punya hati andai hitam dengan hasad ..
“ Qhaliff .. jangan wat cam tu eh .. Daddy smackdown nanti .. “