Tak terkata apa bila membacanya .. Terkedu ..
“ Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.
Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). “ – Hmetro
Manakala bayi itu pulak ditemui diatas jalanraya dipercayai tercampak keluar daripada kereta dengan keadaan bayi tu dengan kepalanya berlumuran darah .. Dipercayai cedera parah ..
Al-fatihah buat Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, dan Siti Rohani Abd Ahalim, . Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Takziah juga buat keluarga mangsa .
Sama sama kita jadikan pengajaran .. Hati hati ketika memandu ..