Batu bata bahan binaan berteraburan di atas lebuhraya selepas sebuah lori yang sarat membawa muatan itu terbabas di KM259 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi di Seremban, Selasa. Foto BERNAMA
Ni batu bata …. ada yang kayu balak .. Ada yang bawak jentera berat .. Perghhh .. kalau selisih dengan lori bawak muatan gini kan , confirm aku mengucap terus dan pasang NOSE .. Haahah .. kononnya laa ..
Tapi serius laaa .. aku mmg takut .. Zaman ni , keselamatan no 2 .. No 1 duit ! Tak caya ? Jangan pandang aku .. Bukak mata tengok sekeliling .. Nyawa manusia semakin murah woo ..
Buat mereka yang tak biasa g pantai timur melalui Kuala Lipis – Gua Musang , pasti akan berderau darah bila bertembung dengan lori lori besar gini .. Apatah lagi jalannya cuma ada dua lorong .. Perghh .. Kena berani untuk memotong .. huhu ..
Camana pon , lori lebihan muatan cam ni , harap pihak berkuasa dapatlaah pantau sehabis habisan .. Jangan tunggu ada yang kehilangan nyawa baru nak banteras ..