Sekurang-kurangnya , kita ada masa membaca di laman web ni haa .. Siap ada komputer atau telefon bimbit lagi utk baca blog aku ni haa .. Susah apa lagi ? Setiap masalah , ada jalan keluarnya. Mintak saja pada Allah .. rajin rajin berdoa ..
Sekurang-kurangnya , kita ada masa membaca di laman web ni haa .. Siap ada komputer atau telefon bimbit lagi utk baca blog aku ni haa .. Susah apa lagi ? Setiap masalah , ada jalan keluarnya. Mintak saja pada Allah .. rajin rajin berdoa ..
Pelik ? Apa lak .. Tak mustahil kan ? Kalau tak , takkan berani diorang buat kan ? Haaa.. Cer fikir balik ?
Ada yang kata , kena hormat bulan Ramadhan ni .. Lepas Ramadhan , tak pe la kan ? Maka ada yang sokong kenyataan mereka .. Sekurang-kurangnya mereka hormat la gak kan ? Persoalannya , kalau orang tu beragama Islam , ok ke dia kata gitu ? Hehe . Jangan hairan . Wujud ok !
Aku bukanlah nak menuduh apa apa .. Orang orang camni , bila bila masa saja boleh terima hidayah dari Allah dan mereka boleh jadi lebih bagus dari kita .. Tapi kalau boleh , janganlah tunggu sampai .. Kita kena cari dan belajar .. Takut masa tak menunggu kita .. huhu ..
Semoga Allah terus berikan kita hidayahNya dan petunjuk buat sahabat sahabat kita ..
Nak tau dengan lebih lanjut ? Baca di Al-Quran Khas Untuk Wanita ..
Tak tau nak kata apa .. Biar je la gambar menceritakannya .. Tapi aku nak cerita gak , boleh ? hehehe … Qhaliff semakin menampakkan kematanganya .. Kira skang ni takde nak teriak kat shopping mall sangat .. Mungkin sbb tips dari rakan pembaca yang byk mereka kongsikan bersama aku di blog ni .. Jutaan terima kasih .. Semoga Allah rahmati anda semua ..
Minggu depan , nak test guna car seat baru Qhaliff tu .. Beli tadi kat Alamanda . Harga ok ok la.. Boleh pakai lama skit .. Adik dia nanti pon leh guna gak .. Apa ?? Adik dia ?? Er , dah boleh ke ??
Tak bolehhhhhhhhhhhh !! 2 tahun orang kata .. Orang kataaa .. huhu .. Doktor kata apa ? Mari kita tanya, apa kata doktor.. hehe ..
Masalah orang kita ni , ramai sangat doktor .. Ada doktor menokok tambah .. Tak kurang gak ada yang tolong mengurangkannya , kerana apa ? Sendiri mau ingat la yer ..
Cari car seat utk Qhaliff .. Kalau dia dia duduk molek jer , maka beli utk dia terus .. Kalau nangis , cari yg lain ..
Dan , dia tak nangis pon malah tersengih lagi .. adoii.
Beli je laa .. Nak jalan jauh nanti , senang .. Keselamatan perlu diutamakan ..
Amik kaauu .. baru ada akai .. hahaha ..
Baru sampai dari Gombak .. Bermula dari Cheras ( tidur umah mak ) dan pagi tadi ke rumah kawan wife di Gombak .. Saja je ziarah menziarahi .. hehe ..
Kat sana , Qhaliff sangat berdisplin.. Cuma sesekali ada sedikit sombong dengan atuk nenek dia .. Mungkin dah mula kenal orang kot .. Tapi kalau dah mula bermain ngan dia , dia selesa dan senyuman mula terpamir dari wajahnya . Tapi jangan mak ayah dia , jgn tunjuk muka .. kalau nampak sure merengek ! Adoiyai ..
Bila sampai masa dia tidur , dia akan mula nangis .. Sayangnya , dia cepat terjaga dan tak puas tidur .. Sian punya pasal , mulut aku lantang berkataa ..
“ Tak pe Qhaliff .. balik ni , daddy ikut jalan jauh .. Jadi lambat skit sampai rumah .. “
Memang betul laaaaa .. Aku leh tersalah jalan dari Gombak tu . Sepatutnya aku boleh je ikut masuk pusat bandaraya ( nak lari dari MRR2 sebab jammed teruk ) tapi terbantai ikut Jalan Duta seterusnya ke Damansara –Puchong dan terus ikut ke Putrajaya .. Jauh tuuu .. Sampai aku terpaksa berenti rehat sbb mengantuk .. Hahaha .. Yang mana biasanya aku berenti rehat ni hanyalah bila aku balik kelantan atau jalan jauh saja ..
Tak kisah laa .. Janji Qhaliff dapat lena jap dalam kereta .. Huhuh … Pasni , kena jaga mulut .. Huhuh ..
Skang , g mall atau keluar .. tak nak guna carrier atau stroller .. dukung je senang .. tukar tukar dukung dia ..
Kenapa ? Entah tetiba dah rasa rindu kat dia masa dia tecik dulu. Jap je dah 3 bulan .. pasni tau jalan , tknk dukung dah . Huhu .. kena buat yg baru dahhh .. huhu ..
Bagus jugak aku membaca info info yang aku jadikan entri tadi tu ( rujuk SINI ) .. Aku try aplikasikan pada Qhaliff .. heheh .. Saja test motor motor dia tu .. Tapi tak test pon dah tau ke empat empat anggota tangan dan kaki dia berfungi dengan baik ( alhamdulillah ) sbb setiap kali dia nangis , dia akan gerakkan apa yang dia boleh gerakkan .. heheh ..
Tapi jangan terlalu yakin .. Kena test gak segala maklumat yang sampai ke otak kita apatah lagi ianya melibatkan anak sendiri ..
Okeh .. mmg suka dia main menda ni.. Ni bermakna kena cari lagi banyak permainan ni .. Huhu .. Kena kasi dia aktif skit .. Baru dia dapat tidur dengan lena .. Heheh .. Yelah , penat main woo .. Kita yang tua ni pon , baru lari skit dah mengah .. Haaa .. Terus cari roti canai .. Qhaliff lak , aku bagi dia khasiat dari mak dia .. huhu ..
Petang ni , dua botol dia layan … Tu je la baki yang tinggal .. Sebotol memula tak cukup .. Tangkap nangis goyang kaki semua laa.. Tapi aku tak kasi gak .. Kasi rest dulu.. Sendawakan dia , dan ajak main .. Bila dah penat , baru kas sebotol lagi .. Maka ,hasilnya ?
Lena kooo …. Tapi ingat senang ke nak lenakan baby ni ? Kena dukung , nyanyi .. dodoi baikkk punya , baru leh letak dia .. Zzzzz … Skang baru aku leh bertenang ….
Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..
Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..
Ini bahagian 2 .. Bahagian 1 , boleh rujuk di SINI ..
“ Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya.
Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.
Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.
Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu.
Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur). “
Ulasan Qhaliff
Ayah selalu membaca kat saya . Tapi apa yang ayah baca , sepatah haram saya tak faham .. Yelah , dia baca smbil mata tertutup . Pastu guna bahasa alien laakk .. Mak gak bagus .. Dia selalu bacakan cerita kat bawah ni ..
Kenapa saya suka cerita ni ? Sbb saya suka dengar mak saya berkokok .. Sebijik cam ayam dara .. hehe ..
“ Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh.
Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.
Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan. “
Ulasan Qhaliff
Yang ni , ayah mmg teror .. selalu dok cakap entah apa punya bahasa dengan saya .. Cakap je la bahasa biasa .. Ni nak tiru bahasa baby wat per .. Buruk benor bunyinya .. Cakap penang atau kelantan pon , saya faham. Maklumlah , kacuk .. heee ..
G pasar malam ? Mak tak nak .. Dia kata baik g shopping mall .. Best skit .. Lagi pon nak g pasar malam , bersesak sesak .. Sian kat saya , kata mak .. Sayaaangg mak ! Ayah ajak g gym je nanti ..
“Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya. “
Ulasan Qhaliff
Yang ni ayah suka buat .. dia suka main dengan kain kat saya .. Memang saya geram betul laa ngan ayah masa ni ..
Dengar kata , mak nak ajak g TOYS R’ US .. Nak beli mainan yg leh gigit gigit tu haaa .. Adoi maakk .. Apa kelas mainan tu ?? Ipad laa .. Tak pon Samsung S3 pon ok dah ..
“ Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri. “
Ulasan Qhaliff
Ayah suka wat gak yang ni .. Suka bawak tgk cermin. Pastu ayah mesti kata ..
“ Hensem gak ayah kan ? “
Saya terpaksa akui dengan memberi senyuman .. Kalau tak , ayah akan letak semula saya kat tilam. Boring la dok baring jer ..
Mak lak ? Dia mmg selalu cakap ngan saya . Lebih lagi dok mengadu ayah tak nak beli beg LV online tu haaa .. Ololo.. sian maakk .. Nanti saya belikan yer ? Tunggu saya pandai menaip , saya bukak blog sendiri ! Letak iklan banyak banyak .. ok ?
_________________________________________________
Itulah dia perkembangan Qhaliff selama 3 bulan ni . Alhamdulillah.. walaupun lom leh guling guling lagi , Qhaliff semakin menunjukkan perkembangan positif seperti .. er .. apa eh ? Suka tengok mak ayah dia mengunyah .. senyum bila berbual dengan dia .. dan memalingkan muka bila panggil dia ..
Tamat ! Tunggu Qhaliff masuk 6 bulan lak eh .. Mesti dah boleh PEEWITTTT !!
Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..
Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..
“ Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya. “
Ulasan Qhaliff
Menurut ayah saya yang dikasihi itu , saya mampu angkat kepala saya tapi masih malas nak buat gitu sbb saya suka didukung ! Seronok jer rasa .. Kalau tak buat gitu , ayah suka ngadap laptop dia.. Jadi saya menjerit laa dengan penuh kepura-puraan sambil mengeluarkan air mata ..
Manakala ayah mmg suka kasi saya meniarap kebelakangan ni .. Dia nak suruh belajar kuatkan leher tu.. Tapi saya suka pura pura buat lembik ! Sbb saya suka ayah pegang saya .. Weee.. Rasa manja gitu … Ayah mmg akan duduk dpn saya sambil hayun dumbellnya ..
“ Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya. “
Ulasan Qhaliff
Yang ini mmg saya suka buat .. Bukan takat kaki tangan je bergerak malah sering ayah kena kentut dengan saya terutamanya bila nak tukar pampers.. Tepat di mukanya . Adakalanya ayah hampir pengsan lalu diganti oleh ibu ..
Mengapai mainan mmg cita cita saya..Ini kerana saya amat tertarik betul dengan HTC ONE X ayah yang sering dia usung ke mana saja .. I like la daddy !! Tunggu la besar .. nak mintak Iphone 5 ..
“ Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam. “
Ulasan Qhaliff
Yang ni mmg best .. Saya selalu tidur bila kenyang .. Kalau tak kenyang , saya akan pastikan mak dan ayah tak cukup tidur ! Asyik nak tidur je diorang tu .. Jangan la gitu. Tunggu saya besar skit baru leh tidur lama lama .. Bukan apa , tak puas manja.. tau tau dah ada dik .. huhu ..
Tidur saya mmg cukup tp klu ada aircond lg best !
“ Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.
Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.
Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda. “
Ulasan Qhaliff
Maunya tak kenal mak ayah sendiri ?? Pantang nampak jer confirm saya senyum pastu ketaw .. Tak reti reti bg susu ker ? Saya mmg suka senyum terutama dgn akak akak yg comel comel tu ..
Buat masa ni pendengaran saya ok .. Camana saya tau ? Sbb ayah selalu panggil saya dan saya akan menoleh lalu memberikan senyuman paling menawan , masa tu .. Tau apa ayah kata ?
“ Abis la anak aku nanti !! “
-SAMBUNG PART 2-
Sumber – BabyCenter
Perghh… Patut laaa lena semacam je Qhaliff pagi ni .. Kalau tak , bila mak dia g kerja , dia confirm jaga dan menangis .. Dengan aku yang tak cukup rehat lagi , mesti tensen skit .. haha.. Salah sendiri ..
Tapi disebabkan dia tidur tadi , aku pon bantai tidur jap laa .. Hingga dia jaga , aku pon ikut jaga .. Yelah , kena alert pergerakkan baby .. huhuh ..
Tengok jam , kul 9 pagi .. hurmm .. Tukar pampers dia .. Bukak bukak jer pampers dia .. tu diaaaaaaaa ..
Tidaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!! Masak laaa aku .. Biasa kalau Qhaliff BAB (buang air besar ) , mesti dua orang bersihkan sebab kuantiti serta kualitinya mmg ‘mengagumkan’ sekali ! Hahaha ..
Tapi aku syukur laa .. sbb Qhaliff biasanya 5-6 hari baru BAB dan last sekali , masa kat klinik kesihatan ari tu .. Kali ni , awal .. Hehehe.. Cukup susu kot aku bagi dia .. huhu ..
Aku siapkan air mandian dia .. Ni kali pertama aku uruskan segalanya , aku kena hati hati .. Takut licin kat tandas satu hal .. takut dia nangis satu hal…
Alhamdulillah .. selesai walaupun aku tak puashati sebab tak dapat nak sabun badan dia semua tempat sebab dia dah mula buat muka .. Tu tandanya dia mula tak selesa .. hehehe .. SEGERAKAANNN !!
Dan , Qhaliff dah aku bagi susu .. 2 botol sekali harung … Skang , layan tv .. Budak kalau cukup susu , rileks je kan ? Huhu .. Ada sapa nak antar anak dia kat aku ? Hahahah …
Serius tak sangka ramai nak RT kata kata aku yang simple ni .. Aku sebenarnya di Twitter lebih gemar bermadah pujangga dari tweet yang bersifatkan peribadi .. Sesekali ok laa .. Maklumlah , apa yang kita tweet tu , akan orang lain baca .. Kalau negatif isinya , kita dapat dosa kan ? Jadi , lebih baik aku cari saham akhirat .. Tu tujuan kita atas dunia ni kan ?
“ Benar diam itu mahal harganya kerana diam mereka sangka kita bisu atau tidak berilmu sedangkan kita diam adalah utk menjaga tuturkata kita.. "
Skang ni , susah .. Kebenaran akan dipandang serong dan yang palsu itulah dipuja puja .. Jadi , lebih baik kita berdiam diri . Tapi berdiam diri tak semestinya tak buat apa apa kan ? Orang yang bijak , akan gunakan akalnya untuk ‘berperang’ .. Tidak sama sekali membabi buta menyerang ..
Diam juga akan menyelamatkan keadaan yang keruh . Yelah , dari dok bertelagah , lebih baik amik tindakan berdiam diri . Maklumlah, masa tu gak syaitan dok menyucuk yucuk untuk kita bergaduh sesama kita . Jadi , kita gunakan akal ketika ini . Tunggu sejuk skit baru kembali berbincang .. Hehe ..
Twitter ni dulu aku tak berapa nak suka guna sbb mudah diserang haters . Tapi setelah tau bagaimana nak ‘uruskannya’ , alhamdulillah .. aku semakin suka terutama aku boleh bermadah pujangga di situ .. hehehe ..
Terima kasih kerana sudi follow dan RT setiap kata kata aku . Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua termasuk aku ..
Tu diaaa aihhh .. Ololo .. nak pakai shawl cam Auntie Yuna ke ? Boleh je.. tapi risau satu jer .. Kang daddy dok balut balut balut , Qhaliff ilang ! Bila cari , rupanya daddy dah balut Qhaliff ngan shawl tu .. huhu .. Pakai ketayap je la ehh , Qhaliff .. huhu ..
Comel pulak aku tngok Qhaliff camni . Nasib baik anak aku .. Kalau tak ?? Haaaa .. Sambung sendiri ..
Walaupun hampir ..14 tahun layan besi , bila cuti panjang mmg masalah ! Nak mula balik , mmg masalah .. Serba serbi bermasalah .. nak angkat badan sendiri pon terasa berat dah .
Ke aku makin tua ??
Wan (Shades) dalam satu sidang media bagi menjelaskan perasaan tidak puas hatinya terhadap sebuah blog hiburan yang dikatakan memfitnahnya baru-baru ini.
Wan yang popular dengan lagu “Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal” ketika bersama Shades mendakwa difitnah apabila sebuah blog hiburan menyiarkan laporan tidak beretika dengan tajuk 'Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun?' pada 20 Februari lalu.
"Tindakan membawa kes itu ke mahkamah adalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada semua “blogger” di Malaysia yang kadang-kadang terlupa mereka bukan wartawan bertauliah dan tidak mengambil peduli tentang etika dalam penulisan.
"Saman ini adalah untuk memberitahu mereka walaupun berada dalam medium media bebas, itu tidak bererti mereka boleh menulis sesuka hati tanpa mengikut etika yang betul sehingga boleh mengaibkan ramai pihak," – Mstar Online
Baguslah .. saman je laa .. Tapi kena betulkan sedikit kenyataan tu .. bukan semua blogger tu ‘blogger’ .. Dan jangan sama kan dengan wartawan .. Yang dok tulis berita hiburan tu dan dok sibuk hal orang lain , tu bukanlah blogger sejati .. Tu blogger publisiti.. Sama gak dengar artis .. Ada artis sejati dan artis majalah ..
Tindakan saman ni patut dibuat tapi bukan ditujukan pada blogger saja .. Semua media patut amik tau batasan mereka terutamanya bila melibatkan peribadi seseorang ..
Kalau nak ditujukan pada semuaaa blogger di Malaysia , rasanya majoriti menteri pon ada blog gak kan ? Hehee .. Ahli politik pon begitu gak kan ? Ulama pon ada .. Jadi , hati hati la ketika menulis yer ..
Bezanya blog dengan media cetak atau elektronik ni , mereka tiada editor dan jujur menulis . Cuma kesahihannya saja boleh dipertikaikan berbanding media lain yang mana terang terang semakin tak sahih .. terutama bila bab politik .. Hehehe .. Hiburan ? Lagi laaa .. Bosan siut ..
Terasa ? Tak .. aku bukan blog hiburan . Memang patut kena saman pon blog tu ..