Semalam g klinik An Nur di Presint Diplomatik , Putrajaya .. Qhaliff dok batuk dan selsema .. Tapi tak la tahap kronik. Saja bawak untuk pemeriksaan juga . Risaukan sbb bila dia bernafas tu ada macam kahak .. Dari dulu ..
Tak ramai orang pada waktu tengahari .. Doktor perempuan buat pemeriksaan pada Qhaliff , menurut wife . Baik je dia .. Dia dan tersenyum .. Amboi , suka benar senyum kat doktor eh ? High taste betul budak ni ..
Menurutnya , paru-paru Qhaliff ok .. Jantung pon takde masalah .. Batuk dia skit skit jer .. Tapi dia suruh pantau gak pernafasan Qhaliff.. Kalau dah mula berlainan , segera bawa ke hospital ..
Dan dia bagi ubat batuk berdos kecil untuk baby .. Persoalannya ? Bolehkah ? Kalau dari pembacaan di internet ni , ada yang kata tak sesuai laa.. Tak bagus laa .. Qhaliff dah lebih 5 bulan dah pun .. Jadi camana ni ? Nak dengar cakap sapa neh ? Yang ada title atau ada pengalaman ?
Aku suruh wife call mak mertua aku memandangkan dia pun dulu nurse kerajaan dan pernah bertugas gak untuk jaga baby ni .. Kalau tak silap aku laaa .. Dia kata ok sbb Qhaliff dah besar .. Bukan bawah 3 bulan lagi ..
Dari pembacaan , ada yang suruh bagi madu .. suruh bagi herbatuss sauda laa .. Camana tu ? Aku ok je .. mana mana boleh try .. Tapi buat masa ni , yang ada kat tangan ubat batuk dari klinik tu ..
Kul 7 malam , selepas mandi tanpa basahkan kepala dia ( terima kasih atas tips dari rakan pembaca blog ni ) , wife bagi ubat batuk tu mengikut dos yang dibenarkan ..
Dan syukur Alhamdulillah .. Sehingga aku tulis entri ni , dia tak batuk sangat dah .. Cuma selsema tu je la .. Ada skit skit ..
Ok la tu bagi aku. Sekurang-kurangnya badan dia cipta antibodi untuk lawan penyakit dalam badan dia kan .. Ni kalau tak sakit langsung , aku pon confius .. Mau gak garuk kepala .. Kot kot baby dari Kryptonite lak .. naya aku .. Huhu ..
Segalanya , kuasa Allah .. Kita sekadar mencuba dari duk diam je kan ?