Dia ubah fesyen kepala dia tu . Walaupun ada yang kata , asalkan tutup aurat .. dah la kan ? Bagi aku , dia patut lebih berpenampilan sederhana kerana secara tidak langsung , peminat dia akan turut sama ‘bersederhana’ . Bukankah itu dah bagus ?
Aku tak kisah la sangat kat US tu diterima ke tak .. Kat sana lagu entah apa apa pun leh meletup asalkan lain dari yang lain .. Seni la sangat eh ? Tu yang jadi mengarut jer ..
Lagu Yuna bagi aku , ok .. Ringan .. Leh layan .. Takde masalah dengan lagu dia . Tapi untuk aku kagum dengan pencapaian dia , aku rasa tak la .. Hanya kerana penampilan dia .. Yup .. Hanya kerana penampilan dia yang memberi kesan pada peminat dia ..
Kolot ? Mungkin la kot .. Dengki ? Takde sebab pon .. Aku bukan selebriti cuma peminat seni tanahair je aku ni .. Pada masa sama , aku mintak para selebriti yang benar-benar berpengaruh , didik dalam diam peminat mereka. Kecualilah mereka sendiri dah ternyata senget maka , peminat la pulak kena doakan agar mereka diberi hidayah.
Buat YUNA .. Semoga terus sukses. Harapnya fesyen kain basahan atas kepala tu digunakan masa mandi saja .. Jangan pelikkan diri kita yang sudah pelik itu ..
Sekadar pendapat seorang peminat seni tanahair ..