Terkedu aku baca tweet dari Wardina ni .. Rasanya komplen terhadap nurse ni banyak dah .. Malangnya alasan mereka ialah mereka juga seperti manusia lain .. Penat dan juga tekanan ..
Mungkin benar tapi tahukah anda wahai jururawat sekalian , anda adalah insan terpilih untuk memikul beban yang mana belum tentu aku atau rakan pembaca yang lain mampu lalui segala tekanan bergelar jururawat .
Tapi kenapalah ada yang sampai begitu ‘sombong’ dengan pesakit sampai sanggup keluarkan kata kata herdikan dan kejian sebegitu rupa ? Maaf , aku tau bukan semua jururawat begitu . Tapi mereka yang bersikap kasar dengan pesakit ni ramai. Bapak aku yang sering berurusan dengan pihak hospital dari zaman pertengah usia hingga sekarang pon banyak cerita pasal sikap kasar sesetengah jururawat.
Tak dinafikan ramai yang baik , bersopan santun .. Mereka inilah penyelamat maruah jururawat yang kasar kasar tu .. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas segala kebaikan mereka itu ..
Aku respek dgn jururawat dan doktor tak kira mereka di dalam hospital ataupun luar hospital kerana mereka punya skill yang aku tak de ..
Buat jururawat yang rasa tak tahan layan karenah pesakit ( nama pun SAKIT ) , letak je la jawatan dan cari kerja lain . Jangan rosakkan maruah kerjaya suci JURURAWAT itu dengan mulut celupar dan tidak bertapis itu ..