Asal kuar jap , confirm terlena .. Syiok benar baring atas daddy kan ?
Published with Blogger-droid v2.0.9
Asal kuar jap , confirm terlena .. Syiok benar baring atas daddy kan ?
Baru sampai rumah dari pasar .. Qhaliff , seperti biasa .. ikut dan tidur je sepanjang perjalanan , berenti beli barang hingga sampai rumah , tidur tanpa ‘ada aku kesah ? ‘ ..
Depan rumah .. Ada seorang perempuan kulit hitam berhijab , memandang dengan punya maksud tertentu ..
“ Takkan salesgirl ? Kutip derma , mungkin .. “ .
Aku bagitau wife. Terkejut dia . Dia kata nasib baik siang. Kalau malam , demam urat dah dia .. Hahaaha .. Aku gak cool .. Hehe ..
Dan aku perasan ada seorang budak lelaki mundar mandir dengan ada kertas dan pensil di tangannya serta beg disangkut di bahu .. Hurmm..
“ Mesti student .. “. Hati aku berbisik.
“ Assalamualaikum . Saya pelajar dari UPM sedang buat bancian mengenai … bla bla bla .. “ .
Aku tak ingat dia dok kata bancian pasal apa .. Panjang benar ayatnya serta berbelit kepala otak aku nak tangkap .. Aku nak jemput masuk , rumah serupa baru dilanda tsunami.. Segan lak .. Maaf la yer dik . Nanti abang buat open house , abang jemput eh ..
Dia bagi aku kertas bancian warna pink . Aku dah la pakai baju pink . Sama la pulak .. huhu .. Aku tengok soalan soalan dia .. Perghh .. Serupa nak jawab kertas BIOLOGI SPM .. Hahaha ..
Tergaru-garu jap kepala .. Tapi dia kata , tandakan je kertas tu .. Aku pun tanda je la.. Ingatkan nak guna dadu .. Takde pilihan A,B,C,D,E lak .. hehe ..
Selesai.. Yess .. Dah boleh enjoyyyy … Kasi kat adik tu . Ucapan terima kasih diterima. Cuma aku ingat nak tegur sesuatu kat dia .. Iaitu , gantung kad pelajar kat leher tu agar penduduk tak terpinga-pinga bila tengok mereka dihampiri .. hehe ..
Bersiap nak g pasar .. Saja nak ikut wife sambil bawak Qhaliff jalan . Kang tengahari nak g umah baru . Nak tukar tombol pintu memandangkan ari tu ada pekerja kontraktor bermalam lama kat sana sbb mintak diorang jaga rumah tu sekali .. Rumah sana tak ramai lagi masuk tinggal ..
Bila sebut nak g pasar ni , aku sering teringat yang aku senantiasa jadi faveret mak aku untuk diarahkan berbanding adik beradik yang lain sbb aku pantas ! Baru suh g , tau tau tau dah balik !
Sebab apa pantas ? Tiada pit stop gituu .. hahaha .. ! Aku g , beli dan terus balik. Takde singgah mana mana berbanding yang lain . Dan aku gemar berlari .. Hehe ..
Tapi biasanya akan jadi satu masalah ialah.. Lain yang suruh dibeli , lain pulak aku bawak balik ! Tu satu masalah aku . Jadi untuk selesaikannya , biasanya mak akan tulis atas kertas walaupun dua jenis barang je nak dibeli ! Hahahaha .. Atau aku akan telefon semula bila sampai kat pasar .. Sebab dah lupaa.. Banyak sangat awek dalam kepala masa tu .. hahaa..
Terasa semacam jeeee kat kaki aku .. Ingatkan mimpi awek ke apa ? Tapi sengal semacam .. Terasa seperti ada orang tarik tarik bulu kaki aku haaa tang betis tu ..
Aku buat dek .. Mimpi je kot .. Aku sambung tidur .. Wat tak tau jer .. Tapi terasa ada orang main kaki lak ..Huihh.. semacam nehhh .. Last last , aku give up ! Aku celikkan mata .. Hahahaha .. Geram aku wehhh .. Gerammm ..
Qhaliff !! Qhaliff dok main kat kaki aku tu haaa .. Amboiii … Dah reti dahhh nak kejut bapak dia ni haaa .. Nak cari geng ajak main laa tuu .. huhu …
Tapi mmg best la main ngan dia skang ni .. Tapi sayangnya , dia tak nak main dengan orang lain kecuali mak ayah dia jer.. huhu ..
Ahaaa .. Tak sabar wife nak balik tengok cerekarama minggu ni . Aku pun lepak sama la teman dia layan sambil gigit peha Qhaliff ..
Memula cerita dia agak mendatar .. Tapi macam boleh agak la jalan cerita dia sedikit namun tetap aku tengok kerana ada isi yang baik .. Cuma aku tak berkenan sangat lakonan Ifa yang over gitu sebab isteri pada orang kaya gitu . Macam budak budak pulak perangai haa ..
Yang lain , mantap .. Berjaya membawa watak tu dengan ok .. Harapnya setiap baris skrip tu mereka jiwai dan fahami .. Kira jangan sekadar jadikan untuk drama jer .. Kalau faham dan gunakan , mmg terbaik laaa mereka ..
Apa pun , drama ini aku tak menyesal menontonnya… Kira terisi gak la malam minggu aku . Dari tengok citer bomoh bomoh pailang paliang .. Buhsan weh ..
Ada kawan bagitau yang dia baru tengok kat panggung kelmarin. Dan pada masa yang sama , ada kawan bagitau yang dia dah lama ada dalam simpanan dia .. Download gitu ! Waaaaa …
Aku cari kat port biasa aku .. Tadaaaa ..
Jumpaaa … Yearghh.. Dan semalam , aku tonton cam biasa .. Hurmm .. hurm… Hurmmm … Ok , mmg layan citer ni .. Aku ingat tak best sbb pasal culik culik je tapi kes balas dendam pada kawan sendiri ..
Ok la untuk layan di kala boring .. hehee.. Best giler tu , tak la .. Tak sebest filem The Rock atau Face Off .. Tapi tetap leh layan laa ..
Lama dah nk g umah kawan Facebook ni .. Hari ni dpt jugak sampai ke sini atas jemputan mak Wawa .. Ada majlis skit ..
Makanan , mmg sedap !! Mak dia masak sendiri.. Maklumlah, mmg bukak bisnis catering..
Sambung mkn sat ..
Amacam ? Berminat nak letak kat dapur rumah korang tak ? Heehehe.. Takut tak muat eh ? Muat je aku rasa …
Mesti tertanya apa menariknya hingga mahal giler peti ais ni kan ? Peti ais yang dipanggil Meneghini La Cambusa ini boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.
Dalamannya , macam ni la .. Ehem.. Tunggu apa lagi ? Mintak la satu kat suami tercinta .. Kata cinta , kan ? Hehehe .. Ada gak dapat madu nanti .. Hahahaha ..
Gambar semalam yang diambil dari Hmetro yg menunjukkan kesesakkan jalanraya di sekitar ibukota selepas hujan lebat selama satu jam.
Hurm.. hari ni ada satu jemputan di Klang . Tak pergi , rasa bersalah. Tapi kalau pergi , takut masalah pulak . Kalau sorang je tak pe.. Ni sekali dengan baby lak ..
Masalah apa ? Takut hujan lagi la.. Dah la malam ni pon adik beradik nak datang rumah .. Hurmm .. Nanti g sana , tersekat dalam kesesakkan lalulintas … merana wehh ..
Camana eh ? Klang biasanya sama cam bandar KL kalau hujan… hurmmm ..