Keluar dari Melaka , jam 230 petang. Plan nak keluar awal tapi ada hal pulak .. Anak buah demam sbb mak dia tak nak kasi makan .. Dia ngadu kat doktor gitu padahal dia yang tak nak makan ! Hahaha ..
Hujan lebat pulak perjalanan ke Johor. Kat Melaka sebelum tu, panas terik !! Adeh ..
Terpaksa pasang double signal atau emergency signal agar kereta belakang lebih berhati hati dan jarakkan kereta kerana kadar penglihatan yang kurang baik ketika itu ..
Dalam kul 5 lebih , baru sampai .. Tapi sebelum tu , gi check in hotel yang berdekatan dengan rumah Mat Gebu .. huhu .. Senang esok nak g makan tengahari lak .. Hahaha .. Jaaaat !
Sampai sana .. Cam biasa la kan .. Episod makan makan bermula .. Mat Gebu hidangkan makanan kegemaran aku yang mana aku baru jatuh cinta padanya .. LAKSA JOHOR ! Hehehe ..
Ilmu yang aku dapat hari ni ialah .. PISANG KAKI .. Kaki yang takde kaitan dengan kaki kita yer .. Haa.. Sila google untuk dapatkan nama sebenar untuk PISANG KAKI ni dan kelebihannya .. Aku ingat oren memula .. hehe ..
Dan Qhaliff , mula buat aksi aksi menariknya ..
Dalam kul 6 lebih .. Kitorang mintak diri dulu sbb tak nak masuk hotel lewat sangat.. Jalan nak ke hotel tu pon dah cukup mengevilkan ! Huhuu .. Maklumlah , mmg untuk orang kayo kayo datang main golf ..
Sampai je hotel , bilik kitorang nun berhampiran dengan padang golf tu haaa .. Gulp ! Telan air liur aku wehhhh ! Seriusss !! Kenapa ????
Sebabnya , hanya ada sebuah je kereta di tempat parking yang disediakan dan kereta itu , kereta aku ! Dan bermakna , aku dan keluarga aku saja bermalam kat situ ! Ini bukan hotel ala ala bertingkat tapi cam rumah dalam taman tu haaa ..
Dan , serius .. mmg menyeramkan ! Siap dah rotan manau kat sebelah aku yg baru aku beli semalam ..
Tp aku suka bilik air dia ! Kalau mereka yang baru menikah .. mmg best laaaa .. Leh .. er .. Tak pe la .. nanti kata blog aku blog seks lak .. hahaha ..