Dari Harian Metro ..
Seorang ibu terpaksa berdepan detik amat mencemaskan apabila bayinya dibaham seekor musang malam kelmarin.
Gambar atas .. Musang jenis inilah dipercayai menyerang bayi tersebut.
Bayi itu diserang ketika dia ditinggalkan sendirian dalam katil bayi di ruang tamu rumah berkenaan. Ibu mangsa,berkata selepas membaham anaknya, haiwan liar itu cuba menggoyang-goyang dan menggonggong bayi berkenaan.
Ibu mangsa menendang musang itu sekuat hati ketika haiwan berkenaan menggonggong Denny melalui pintu rumah. Akibat tindakan itu, katanya, musang berkenaan melepaskan gigitannya dan Denny dapat diselamatkan. Sementara itu, doktor mengesahkan bayi lelaki terbabit kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan empat jam untuk merawat mukanya. Lanjut di SINI ..
Cute , cute jugak .. Binatang tetap binatang .. Ajar camana pun , bila waktu kebulur .. tak kenal apa dah .. Yang penting perut kenyang ..
Ada jugak manusia ikut perangai binatang. Bezanya bila nafsu menguasai diri , tak kira anak , nenek atau binatang sekali pun ‘ dibahamnya’ !