Semakin panas ! Aku yang tak pernah terasa bahang PRU dan tak pernah amik kisah , kali ni aku amik kisah .. Kenapa ? Sebab aku dah ‘sedar’ betapa pentingnya semua ini untuk aku , keluarga aku , masyarakat dan juga negara yang aku cintai .
Dengan pengalaman aku yang cetek di sektor awam dan swasta , aku benar benar terasa betapa pentingnya politik dalam negara kita ni . Bayangkan eh , nak cari kerja pun kena ada kabel ! Kabel ni , maksudnya orang yang kita kenal rapat dalam satu satu organisasi untuk memudahkan urusan … Dapat tak dapat , tu belakang kira . Yang penting , boleh potong queue ..
Bayangkan mak ayah anda ditimpa musibah. Pada sapa kita nak pergi mengadu ? Siapakah kita ? Anak menteri ? Anak datuk ? Orang biasa ? Sapa nak bantu ? Masyarakat ? Anda parti politk mana ? Gi hospital , sila beratur..
Aku akan mengundi di Bandar Tun Razak untuk pertama kalinya selepas berumur 37 tahun .. Rugi kan ? Tak pe.. masa tu politik bagi aku ok lagi sbb aku ditanggung sepenuhnya oleh mak bapak aku . Aku tau , pagi gi kelas .. petang main bola .. Malam call awek ..
Bila dah usia gini , dengan pengalaman cetek hasil dari kegiatan harian , campur gaul dengan manusia lain serta kerjaya dan juga aktiviti harian membuatkan betapa pentingnya undi aku tu ..
Aku tamo la nak cerita lebih pasal politik , parti atau korupsi korupsi yang berleluasa dalam negara kita ni . Apa yg aku tau ialah , inilah masa untuk memperbetulkan kembali negara kita ..
Kita bukannya nak hidup mewah di negara kita . Kita hidup ni pon atas kerana perintah ALLAH .. Setiap hela nafas kita , ada ujiannya. Apakah yang kita buat dengan setiap nafas kita tu ? Bukannya suka suka jer .. Kita minum air pun bukan suka suka ! Sbb badan memerlukan air ! Mana ada suka suka kan ? Kita gi dating pon bukan suka suka ! Sbb nak cari dosa ! Haa.. tu pikiaq sendiri la eh .. hehee..
Jadi , aku malas nak bebel panjang.. Cepatlah bubar parlimen. Aku nak gi undi kat BTR pastu nak lari balik Kok Lanas sbb wife lak nak undi kat sana .. Haaaa.. Rugi wooo … Kelantan tuuuu … Hahahaha..
Undi adalah rahsia ? Jangan wat lawak ler ..