Takziah buat mereka yg terkorban dan ianya yang cukup membanggakan ! Teringin aku terkorban kerana mempertahankan negara ! Bukan semua orang berpeluang merasainya. Yelah , dari mati sbb kolestrol sbb terlebih makan atau merempit , baik mati syahid sebegitu kan ? Al-Fatihah. Semoga roh mereka bersama yang diredhai Allah ..
Aku sebenarnya malas nak update bab bab sesuatu yang kurang pasti lebih lagi hanya baca di akhbar kerana terlalu banyak dah perbezaan dan ketidaktulusan dalam menyampaikan maklumat. Maaf cakap la yer .. Jangan terasa . Sebab tu aku berfikir berkali kali sebelum nak update .
Mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan di Lahad Datu tu , terdapat dua cerita . Satu , kerajaan jadi dalang. Kedua , kerana pembangkang ! Mana satu yang betul ?
Sapa yang jadi dalang , mereka membuatkan peristiwa kota Melaka ditawan pejajah akan menjadi kenyataan gara gara pengkhianat !! Orang orang seperti ini patut dihukum seberat beratnya ! Mereka terlalu mementingkan agenda mereka dari untung nasib rakyat ! Jangan gunakan istilah untuk berjaya , perlu mengorbankan seseorang ! Itu istilah haramjadah !
Semoga segalanya selesai dengan segera tanpa ada lagi yang terkoban. Hanya ALLAH mengetahui apa yang ada di hati mereka . Dan kita, hanya mampu berdoa ..