“ Abang.. teringin nak mangga la .. “ , pinta wife
“ Kang beli la … “ . Jawab aku.
Lalu depan masjid , ada lori kecil jual mangga . Sayangnya , aku tak perasan. Wife yang nampak dan bagitau . Aku kata nanti balik singgah beli .. InshaAllah kalau ada lagi lori tu ..
Dan terus ke hospital Putrajaya dari Cheras , selepas solat Jumaat tadi .. Selepas pemeriksaan doktor , kitorang balik semula ke Cheras .
Singgah jap di bulatan Uniten dengan niat nak beli kuih muih untuk hidangan keluarga di rumah .. Rezeki depan mata. Ada lori jual buah mangga di situ gak !
Selesai beli kuih , wife meluru ke lori buah tu. Soal selidik sedikit mengenai harga buah tu.
“ 2 biji RM 10 “ .
Wife kata lori yang jual mangga tadi , 3 biji RM10. Buahnya pon nampak cantik . Aku suruh beli je .. Mahal skit tak pe dari tak merasa langsung nanti.
Beli 2 biji. Wife seolah tak puashati dengan harga tu. Aku bagitau , alang alang dah ada depan mata , beli je.. Kang kalau kat sana , lori buah tu takde dah , camana ? Tak pasal pasal telan air liur jer..
Dia tetap kata mesti ada punya. Aku jawab , kalau ada ada la.. Kalau takde camana ? Haaa.. Ni dah beli , anggap je la dah rezeki kita ..
Dan sampai tempat tadi.. Lori tu takde.. Aku senyum ‘kemenangan ‘ ..