Bawak Qhaliff dan ibunya bercuti di sini .. Kalau nak murah , guna website utk booking.. Pastu call je .. Dpt murah skit .. hehe ..
Ini kali ke dua aku ke sini. Kali pertama dulu , aku dgn Kementerian Pelancongan Malaysia ,tahun 2009 rasanya ..
Byk dah berubah ni .. belum turun ke kolam dan jalan jalan ke tepi laut .. hee ..
Hahaha.. gambar ni aku amik dr group whatsapp taman perumahan aku ..
Teringat aku kawin dulu .. Kawan aku, Haswadi Yahya , usung tong gas ni utk diberikan pada aku !! Hahaha..aku bantai ketawa je tgk .. sanggup tu !!
Indah menikah kan ? Tu yg rasa ...
Hehehee … Yeke ? Nampaknya gitu la sejak kebelakangan ni , dia mmg dah boleh stress terutama bila nampak daddy dia makan ! Hahahaha .. Dengan pantas berjalan ke arah daddy untuk ‘join da club ‘ !
Dia stress dengan daddy .. Daddy lak stress dgn ibu dia ! Haaa.. Nape lak stress ?? Berdiri tunggu pilih dompet .. Pilih punya pilih .. Akhirnya tinggal Top 3 ! Tak tau nak amik satu ..
Aku masuk .. Terus bagi pilihan aku ! Terus letak top 3 tu .. Amik yang aku pilih tu .. Dalam dok pegang yang aku pilih tu , sempat pulak dia tunjuk yang lain .. Aku pulak dah lenguh pegang Qhaliff yg dah mengantuk sangat tu ..
Aku kata yang aku pilih tu je lawa .. Akhirnya dia pon amik la yang tu .. Kasi kat promoter butik situ .. Dia pon check stok ..
“ Puan , yang ni dah abis.. Tinggal yang display punya jer . “
Aku ? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! Punya la lama cari , sekali abis stok ! Tensen laaa daddy n Qhaliff ! Tak jugak beli dompet tu haaa.. Sambung nanti cari kat Klcc je ..
Kali pertama aku tengok drama Teduhan Kasih di TV3 sbb dok dengar ramai kata best sangat .. Antara sbb ialah Adi Putra yang berlakon .. Teruja sangat diorg kata dengan kehenseman Adi Putra.. Bab rupa tu , aku tak nak komen.. Hak Allah .. Tapi aku nampak dia cam Nasir Bilal Khan masa zaman dia muda dulu .. Hensem gak apa pelakon Tanah Kubur tu ? Kan ?
Ok .. aku tgk dah satu episod tadi .. Hurmm .. Serius , aku kata .. aku cuma geleng kepala jer.. Penat weh ! Penat nak tengok drama yang penuh dengan hasad hasad ni .. Dah la hidup di dunia nyata ni penuh dengan suasana begitu.. Ditambah lagi dengan dunia maya .. Di dunia lakonan pon nak begitu gak ? Aisey.. Buat la sesuatu yang berbeza skit .. Cam drama ANA NAK SUSU yang pernah aku tonton di rangkaian Astro Oasis tak silap aku .. Yang tu nampak biasa tapi ‘makan dalam’ dari mula hingga akhir !
Bab lakonan tu , mmg hidup la terutama yang bawak watak hasad ni .. Memang mudah watak gitu sbb manusia mmg dah ada perasaan gitu.. Hehehe..
Entah la.. yang pastinya , drama ni tak akan aku ikut dah .. Cukuplah hari ni jer.. Tu pun sbb wife yang bukak tengok .. Pon sbb dok dengar orang cerita ..
Bawa bawa la perubahan skit .. Beri didikan melalui drama .. bukan tiru apa yang masyarakat buat lalu buat drama ! Tak kreatif la gitu .. kan kan ?
Tak perlu nak melenting dengan entri aku ni .. Kita ingat akhirat dah la .. Akhirat tu wujud.. Takkan nk pertahankan menda gini ? Tengok lakonan .. pakaian .. cara lakonan .. sapa nak jawab nanti ? Yang arah , yang berlakon ? Yang tonton ?
Menangis nangis dia tak nak naik kereta !! Padahal sebelum ni ,cukup suka .. Kenapakah ??
Gi Penang 8 jam .. Gi Kelantan 12 jam ! Pergi balik ?? Perjalanan tak la sejauh mana tapi ?? Serik wehh !! Ikutkan , Penang tu boleh je sampai dalam masa 4 jam dan Kelantan 6-8 jam ..
Jangan salahkan aku ! Aku memandu mengikut had laju yg dibenarkan .. Jadi , memang gitulah jadinya .. Jalan raya yg kosong pon kena bwk slow ..Kang kena Aes lg ..
Bila memandu dalam keadaan had laju gitu , mmg jadi mengantuk ! Kena berenti berkali kali untuk hilangkan mengantuk .. Apa nak buat kan ? Ramai jer rakyat Malaysia suka ada kamera AES ni .. Tunggu la bila di pasang seluruh negara .. Baik naik kapal terbang je kan ?
Yg suka kata ikut had laju la bila memandu , silalah buat gitu .. Allah nampak tau..
Kamera AES utk perangkap pemandu yang memandu dengan melebihi had kelajuan .. Bukan laju yer ! Tapi melebihi had laju ! Bagaimana pula dengan pemandu yang cuai atau yg gemar memandu ikut suka tekak seperti tidak beri lampu signal , membuang sampah dan sebagainya ? Perlukah guna kamera yang lain ?
Di Putrajaya , terutama disebelah malam .. Biasanya akan kelihatan banyak penunggang basikal ‘beriadah’ di jalanan .. Mengayuh basikal dengan ‘relaks’ di tepi tepi jalan raya ! Aku rasa , laluan khas dah ada untuk mereka kan ? Kenapa tiada tindakan ke atas mereka yer ?
Ini kerana , ada yang suka suka melintas jalan raya dengan harapan pemandu kereta akan perlahankan kenderaan mereka .. Kalau tak perasan camana ?
Lampu isyarat .. Kerapkali aku nampak ada yang suka suka langgar lampu isyarat ni .. Kalau berlaku kemalangan , sapa yang patut dipersalahkan ? Kalau di Malaysia ni , automatik yang besar akan dipersalahkan ! Kan ? Ke aku silap ? Hurmmm ..
Beriadah tu bagus .. Tapi jangan sampai ada yang ‘beriadah’ di hospital atau dalam kubur ..
Bagi penunggang basikal terutama yang mewakili kelab atau negara .. Pihak terbabit perlulah lebih peka dari aspek keselamatan .. Jangan biarkan nyawa atlit jadi pertaruhan . Jangan ingat semua pemandu kereta di Malaysia ni , dah tahap profesional .. Kalau ada yg takde lesen camana ? Tak berbaloi satu sen pon !
Al-Fatihah buat pelumba Terengganu , Syafiq Imran. Harap Menteri Belia dan Sukan dapat buat sesuatu terhadap isu ini ..
Mak aku suruh bubuh satu jenis gel ni bila Qhaliff luka luka ( pastikan kering dulu lukanya ) , lebam ,kena gigit nyamuk ..
Alhamdulillah .. mmg surut dan hilang .. Tiada parut setakat ni ..
Kelmarin , muka dia calar akibat kukunya sendiri .. Terus aku letakkan gel tu... Dan tgk le sendiri kesannya tu ..
Gel tu ada dijual di farmasi berdekatan rumah anda ..Cari MADAUS REPARIL GEL N .. Aku pun leh pakai gak .. Harganya , leh tahan mahal gak la .. tp tak la sampai kena jual kereta ..heee..
-iklan-
Hari nak citer tentang testimoni je ...ni citer si iffa tentang adiknya yang makan Meal Shakes Shaklee...dah masuk 2 canister ..dipetik disini..jom baca..
Consume "Shaklee Meal Shakes"macam yang Iffa berikan pada adik bongsu Iffa, sedap memang sedap, beraroma vanilla. Dalam tak sedar, adik Iffa dah consume canister yang kedua..
"Kak Ipah, ape yang kak Ipah belikan Ijat hari tu? Boleh belikan lagi?"
"Dah habis ke?"
"Dah laa"
Terkejut juga Iffa, adik Iffa memang tak pernah missed untuk minum Shaklee Meal Shakes ini.
- Buat pengetahuan semua, kulit adik Iffa ini sangat sensitif. Semasa beliau menuntuk di MRSM Gemencheh, beberapa kali Bonda Iffa perlu mengambil beliau untuk mendapatkan rawatan sakit kulit beliau yang kronik. Kulit muka dan kulit di bahagian kaki seakan tumbuh macam jerawat yang banyak dan bernanah(Resdung Kulit kata doctor)…
- Kini, Alhamdulillah kali terakhir Iffa jumpe beliau 2 minggu lepas, kulit muka Aizat bukan sahaja kering tetapi makin licin, kulit kaki pun sama... Suka sangat! Harap Ijat akan teruskan consume Shaklee Meal Shakes dan yang terbaru Iffa berikan Ijat Shaklee Alfalfa Complex (untuk resdung dan alahannya) dan juga Shaklee Sustained Released Vita-C untuk meningkatkan imuniti Ijat.
Sekilas Fakta...kenapa Meal Shakes berkesan utk kulit?..kerana ia mengandungi protien....PROTEIN..so....baca disini..
- Protein berfungsi untuk membentuk sel baru bagi menggantikan sel mati atau sel yang telah rosak
- Protein digunakan untuk membina tisu penghubung pada ligamen, tendon dan otot
- Protein digunakan untuk mensistesiskan antibodi bagi mempertahankan badan daripada penyakit
- Protein berfungsi untuk mensintesiskan hormon bagi koordinasi badan
**********************
itu je perkongsian hari ini..klau ibu2 nak cuba,jangan segan2 sms nuyun ye.. :-D
yang ikhlas,
nuyun ;-)
____________________
Member ID : 911707
Call/SMS/WhatsApp : 0133747473
Email : nuyunbizhouse@gmail.co
Aku terima email semalam dari Digi WWWOW memberitahu masa untuk mengundi dah tiba .. Aku senyum je .. Takde hati langsung .. Aku disenaraikan pon disebabkan mereka yang nak senaraikan .. Aku ok jer . Tamo sombong sombong .. Tapi untuk promote suruh kengkawan undi , malas dah !
Tadi aku tengok di ‘sana’ takde pon mereka yg top top berada di atas. Tak kenal sapa sapa pun yg berada di bahagian atas tu haaa …
Apakah Digi WWWOW diboikot ? Pastinya keputusan lalu mmg membuatkan blogger malas dah nak join ! Hehehe .. termasuk aku .. Bukan gile sangat nak menang tapi mengarut sangat keputusannya ..
Apa pun , semoga berjaya la yer buat mereka yang join tu .. Aku dah join 2 kali .. Tak layak nak menang walaupun sampai ke peringkat akhir .. Blog tak cukup mantap .. Hehehehe ..