Al-Fatihah buat Rosnah Md. Nor .. Baru aku tahu dia meninggal semalam .. Tak sempat nak baca news online pon ..
Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang semalam berpunca dari pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Manakala di Kota Bharu , Kelantan pulak … menurut laporan Harian Metro , kesesakkan dah bermula di sana .. Huhuh.. Camana laaaa aku nak gi beraya rumah kengkawan bila kat sana nanti eh ? Adehhh
Di KL , seperti biasa Jalan TAR confirm jadi tumpuan ramai .. Aku belum lagi gi sana .. Tak sanggup lagi rasanya nak meredah umat manusia yang dah berhimpun di sana di saat saat akhir Ramadhan ni .. Camana la nanti kat padang Masyar kan ?
Aku , cadang balik Kelantan ikut Terengganu ..selasa ni lepas berbuka .. InshaAllah … Harap segala perjalanan dipermudahkan Allah ..