Awal aku keluar rumah ari ni.. Lama dah tak keluar seawal gini.. Hurm.. Destinasi , Stesen ERL Putrajaya. Nak gi amik adik ipar aku yang baru sampai dari Kelantan.
Dalam perjalanan , aku bukak tingkap kereta. Nak hirup udara segar.. Tak sampai 5 minit , aku tutup balik.. Hurm… Udara tercemar ! Haihhh…
Kemudian aku terkhayalkan Qhaliff.. Gelagat dia meniru Ultraman membuatkan aku tertawa sendirian. Hurm.. Sesalan datang selepas itu .. Haihh .
Kenapa ? Aku lebih banyak abiskan masa dengan mengadap laptop dan handphone berbanding dia sekarang ni ! Ni semua gara gara nak dapatkan duit lebih… Hurm.. aku tak boleh salahkan keadaan ! Aku yang sepatutnya mengawal keadaan dan bukan biarkan keadaan mengawal aku ..
Aku berdoa agar dapat pulang dengan selamat nanti.. Dan bernekad , keluarga aku adalah keutamaan aku ! Handphone ? Aku akan jarang jarang tengok ..
Persoalannya , mampukah ??? Yer , aku kena mampu agar tidak sesal belakang hari ! Andai mereka tiada lagi disisi , apakah handphone akan membahagiakan aku ? Hurm…
Mesti wife aku suka bila aku berfikiran gini.. Mesti dia ingat aku nak kensel beli Sony Z3 ! Hehehehe.. Yelah , mmg kensel ! Simpan duit wat nikah lagi bagus.. kan ?