Dari semalam , dia merengek semacam ! Menangis memanjang kat rumah . Tidur pon tak lena aku dan wife dibuatnya. Wife dah nak naik stress dah… Aku ingatkan dia , ada orang lagi teruk dari kita.. Sampai tak tidur malam jaga anaknya yang sakit.. Kita bersyukur la..
Pagi tadi , bangun tidur .. Qhaliff sambung menangis ! Cari mak dia .. Aku lak stress ! Arghhhh.. Puas pujuk .. Ajak mandi.. Tak nak dia ! Aku bukak baju dia .. meraung lagi kuat ! Abis segala air keluar .. Aku try nak bukak seluar dia , dia tak kasi ! Lagi kuat nangis ! Aku paksa gak bukak ..
Masuk bilik air , dia tak nak mandi ! Hurmm.. Aku siram je la dia.. Tak lama pun mandi. Pastu siapkan dia.. Pakai pampers , dia menangis lagi kuat ! Seolah macam sakit kat situ. Aku skip part tu , try pakaikan baju. Dia ok.. Pakaikan balik seluar , dia nangis ! Hurmm… Takkan sakit kat situ kot ? Aku call wife suruh balik .. Ajak gi klinik , check.
Hurm.. aku pelik sebenarnya. Kalau dia sakit telur , takkan masa aku dukung dia tu , dia tak sakit ? Rileks dan gembira lagi !
Wife sampai rumah. Gi klinik Madivron.. Sesekali aku saja pegang seluar dia.. Takde la pulak nak marah atau menangis seperti sebelum ni ! Takkan kot ?
Check doktor.. doktor kata mungkin jangkitan. Tapi bukan sebab angin pasang atau bengkak. Dia kata kalau sehari dua lagi macam tu gak , dia suruh gi check doktor pakar .
Selepas keluar dari klinik, dia ok jer.. Happy semacam jer .. Stroller , dia conquer ! Zahra , kena gilir gilir dukung .. Tak dia kasi duduk dalam stroller !
Aku rasa … dia tak sakit tapi dia cemburu ! Dia tercabar dengan kehadiran Zahra !! Hurmm.. Saja nak curik perhatian orang tua dia ! Hurmm…