Hurmm… Buat pertama kali aku menyokong Haiza. Acong , Nassier dan Ezad tak beberapa ‘menjadi’ bagi aku malam ni. Bukan tak best tapi macam kata juri , tak beberapa nak ‘sampai’ . Jiwa tak de sangat kot ? Hehehe.. Maaf la yer.. aku bukan ‘ahli’ . Sekadar penonton jer..
Pilihan aku , Haiza dan Farahdhiya. Yang terkeluar ? Memula aku rasa Azian akan terkeluar tapi rasa macam payah jer sebab undian ! Orang perempuan ni , part ni diorang sepakat ! Hahahaha.. Orang perempuan kuat mengundi berbanding lelaki kan ? Haaaa..
Dan akhirnya… keputusan telah dibuat.. Acong terpilih untuk tidak layak ke pusingan seterusnya..
Namun begitu.. Acong dimasukkan kembali setelah Datuk Seri Vida menggunakan ‘kuasanya’..
Persoalannya , apakah Acong layak untuk dimasukkan kembali ?
Bagi aku ,dia layak ! Dia seorang yang bersemangat. Walaupun nampak dia agak sukar untuk menjuarai pertandingan ni tapi sapa tau kan ? Kita tak tau apa akan jadi di final nanti ? Hanya keunikan dan nasib akan menyebelahi mereka.
Setelah sampai ke pusingan ni , aku nampak Haiza dan Farahdhiya adalah saingant yang sengit. Siti Nordiana.. hurm… belum mampu pikat hati aku .. hehehe..