Hurmm... Sejak lahir lagi aku dah dapat rasakan dia ni berbeza skit dr abang dia. Dia mampu bermain sendirian. Berdikari. Hati kering tapi lembut orangnya. Semalam.. Kali kedua dalam sejarah hidup Zahra , masuk wad !
Punca ? Jatuh. Aku malas nak cerita pasal tu. Kang ada yang tak paham situasi akan menuding jari. Malassssss aku !!
Punca ? Jatuh. Aku malas nak cerita pasal tu. Kang ada yang tak paham situasi akan menuding jari. Malassssss aku !!
Nasib baik ada 'insuran' dan kad kredit. Bawak terus gi Nilai Medica Center. Kenapa aku bawak ke hopital terus dan bukannya klinik ? Lukanya agak dalam. Tu aku buat keputusan terus ke Nilai Medical Center.
Doktor check.. Kena tahan wad utk semalam. Utk menjahit lukanya tu , Zahra perlu dibius. Sebelum tu kena 'puasa' dulu. Tu sebabnya kena tahan. Aku ok jer tapi sejujurnya , memang berlaku kepayahan sebab ada anak kecil. Hurmmm.. Maka , sebelum nak buat sesuatu tu..sila pikir orang lain skit ye.. Nak berlumba di atas jalan raya ke.. Nak bergaduh dgn orang ke.. Bila masuk spital , rasa rasa sapa susah?
Selepas doktor bagitau keadaan Zahra , mereka tanya insuran. Hurmmm.. Nasib baik agen insuran aku , Ady Gagah cepat buat tindakan. Tapi agak makan masa skit. Maka peranan kad kredit di sini penting. Deposit ! Cepat kasi..cepat dapat bilik. Kalau tak , jenuh duk kat bilik rawatan sementara tu.
Hurm.. Selagi tak jatuh , selagi tu tak paham ! Dah jatuh , ingatkan serik dah. Kat spital pon nak melasak lagi. Aduhhhhh... Kul 9 malam masuk wad pembedahan.Pakar bius dan pakar jahit datang check. 6-7 jahitan anggaran. Parut kekal. Geleng kepala aku.
Dibawa ke bilik OT
Alhamdulillah, berkat doa rakan rakan , segalanya dipermudahkan. Zahra ok je. Tak nangis sangat pon. Cuma dia mencari aku je. Hurmmmm... Acaner la nak tinggalkan dia nanti utk ke New Zealand.
Tengok luka dia.. Teringat parut aku. Sama tempat tapi lain mata..
Hurmm.. Bak kata kawan... Anak perempuan lagi lasak dr anak lelaki. Betul ke ?
Tak tau kul berapa leh discharge. ..