“ Nape ngan ubun-ubun Qhaliff ? “

by - Rabu, April 11, 2012

 

image

Seminggu yang lepas …  Bila pegang Qhaliff , ubun ubun dia lembut sangat dan berbentuk LOVE .. Dan hingga hari ni , ubun ubun tu masih ada tapi dah makin kurang .. Bila mak aku persoalkan kenapa masih ada lagi , maka aku terkecut perut jap .. Peliknya bila nurse check , dia tak kata apa apa lak ..

Hurm.. aku google cari info mengenai ubun-ubun bayi .. Jumpa ..

Ubun-ubun (bahagian lembut di kepala bayi), dikenali dalam bahasa saintifik sebagai "frontal lobe". Manusia dilahirkan berkepala besar. Tak percaya, tengok bayi yang baru lahir. 1/4 dari keseluruhan badannya adalah kepalanya sahaja.

Namun begitu, bukaan pada pintu rahim (uterus) ibu adalah kecil sahaja, tidak dapat memuatkan kepala bayi yang besar ini ketika kelahiran.

Atas disebabkan itulah, adanya ubun-ubun. Ubun-ubun yang lembut ini, dapat melalui bukaan pintu rahim sang ibu tersebut. Kerana itulah bayi yang baru lahir, ada yang kepalanya lonjong. Namun lonjong ini untuk seketika sahaja, dalam tempoh 2,3 minggu akan kembali ke bentuk asalnya.

Selepas bayi tersebut membesar, ubun-ubun akan semakin hilang/mengeras, lalu bercantum menjadi tempurung kepala yang keras, biasanya dalam tempoh 2 tahun.

image

Ubun-ubun dalam Al-Quran
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16


Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.


Maksudnya:
Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”

Ubun-ubun dalam wudhu'- Meratakan air ke ubun-ubun.


Ubun-ubun dalam masyarakat melayu


Sejak kecil, ubun-ubun menjadi perhatian terutamanya kawasan ini adalah kerangka tengkorak lembut ketika bayi dan tengkorak terakhir yang keras. Semasa kecil juga ubun-ubun menjadi rujukan atau petanda untuk menilai keaadaan bayi. Ada yang mengatakan apabila ubun-ubun lekuk ke dalam menandakan bayi terkejut. Ada juga yang mengandaikan bayi demam, kembung, lapar dan sebagainya.

Selain itu ubun-ubun juga tempat orang selalu bacakan doa. Kita selalu dengar 'bacakan doa pada ubun-ubun anak ketika mereka tidur' dan sunat membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun isteri selepas nikah.

Sumber dari EJAU

 

Bila dah baca pasal ubun ubun ni , sedikit sebanyak lega sedikit la .. Jangakamasa ilang ubun ubun yang timbul tu antara 6 –20 bulan .. InsyaAllah ..

Banyak info sebenarnya di internet tapi kena tau gak la sapa penulisnya dan dari mana info tu dia dapat .. Kalau tak ? Boleh jadi salah faham nant ..

You May Also Like

15 comments

  1. wahh . untung Qhaliff dapat ayah cam ni !

    BalasPadam
  2. Abg Ben,ikut yang sy belajar..ubun2 @ fontanel ada 2..depan satu dan belakang satu..yang belakang tertutup pd 6-8 minggu..dan yang depan tertutup masa umur 18 bulan..so,its normal..kalau Qhaliff demam @ xcukup cecair..kita boleh nampak melalui ubun2 dia..jadi sedikit melekuk dan berdenyut:)

    BalasPadam
  3. My son, umo dier dlm 2 thn, baru ubun2 dia fully keras, Ben. Maybe, budak nih lain-lain...mcm perkembangan fizikal diorang gak. Ada sesetengah kids yang 10 bulan dah boleh jalan, ada yang setahun lebih baru leh jalan...tak sama.:)

    BalasPadam
  4. jangan bimbang dik.. semua baby akan alami perkara ni.. nnt ok dan keras le tu..

    BalasPadam
  5. Ubun-ubun bayi lembut salah satu ciptaan Allah SWT yang hebat dan ubun-ubun tulangnya fleksibel memudahkan kepala bayi keluar dari pembukaan rahim yang sempit.

    Boleh nampah denyutan nadi pada ubun-ubun tersebut tidak perlu dibimbangkan apabila meningkat usia bayi ia akan mengeras.

    BalasPadam
  6. Wahhh rasa minat membaca sebab ada medical terms :D Tahniah atas baby baru :D

    BalasPadam
  7. kena bce bnyk artikel baru kita tahu mana 1 yg sahih tenteng maklumat yg kita nak tu...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/beza-lelaki-dan-perempuan-bila-menangis.html

    BalasPadam
  8. kalau baca istilah sains tu tak berapa nak paham la ben.huhuhu...maaf la..faktor usia...pesan sorang bidan waktu anak sulung dulu,jaga ubun2nya sbb dari situ kita boleh tahu serba sikit tentang kesihatan baby.tutup ubun2nya tambah2 lagi kalau dah dicukur rambutnya.angin mudah masuk dari ubun2 n tapak kaki baby...kalau anak meragam tengok ubun2nya.kalau keras maknanya angin dah masuk dalam badan baby.jgn urut perutnya tapi sapu minyak dan urut perlahan di betis n tapak kakinya....tu petua org tua2...

    BalasPadam
  9. ubun2 tu penting kena cover..kalau demam lg kuat dia berdenyut,sbb tu diamalkan tutup kepala baby supaya ubun2 tak terdedah dpt elakkan kurangkan demam..

    BalasPadam
  10. trima ksih bro ats info yg dikongsi ini.

    BalasPadam
  11. wahh bagus info nih...cerdik la qaliff lepas nih daddy banyak info ye...hehehe

    BalasPadam
  12. kadang2 tu org tua2 ni terlebih risau .....

    BalasPadam
  13. Anak saya umur dh 19 bulan..tapi ubun nya masih belum keras sempurna. Dr suruh rujuk pakar kanak2.anak saya tak ada masalah perkembangan..semua normal..mungkin ade ibu ayah yg ada pengalaman seperti anak saya. Boleh kongsikan prosedur yg doktor buat.

    BalasPadam