Bila lelaki diserang’ histeria’ !

by - Isnin, April 23, 2012

 

 

image

KIRA-KIRA 500 peminat meluahkan kemarahan mereka setelah pasukan Penyu tewas 1-2 kepada Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang serta poster yang meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.

Mereka bukan setakat membuat kecoh di pekarangan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat malam kelmarin, malah kira-kira 100 penyokong bertindak lebih agresif dengan membuat kecoh di hadapan rumah Che Mat.

Tindakan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat penyokong di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah setelah skuad Penyu itu tumbang kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penyokong beramai-ramai pergi ke rumah Che Mat yang terletak di Kampung Panji Alam dekat sini dengan membuat bising mendesak Che Mat meletak jawatan selain menekan loceng rumah, menggoncang pintu pagar dan membaling batu.

Tiada kecederaan berlaku, namun, kejadian menyebabkan bahagian bumbung di bahagian rumah tersebut mengalami sedikit kerosakan dalam kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu. – Kosmo

 

Dasat kan ? Sebab tu aku malas nak layan bola dah . Kalu tak , perghhh … Tapi aku lom la tahap fanatik pon .. Takat layan depan tv je la . Kalau dah kalah tu , redha je laa .. Tau sangat sukan dalam Malaysia ni … cam yoyo .. Baru menang skit , dia punya ‘ parti’ bertahun nak abis .. Pastu merundum ..

Tu belum part politiknya lagi .. hurmm..

 

Geng .. tolong klik http://bit.ly/JiGSp6 dan klik VOTE  .. terima kasih ..

You May Also Like

4 comments

  1. fanatik giler org skrang tgk bola...sedangkan itu sukan jer...huhuhu...jgn kan kat stadium..kat umah pun leh terbalik ...(kat umah ada fanatik kelate)hehehe

    BalasPadam
  2. typical malaysian....hurmmm..tak pasal-pasal

    BalasPadam
  3. kalau orang pergi masjid seramai ni kan bagus..
    bola bukan boleh buat pahala sangat pon.siap 'tertinggal' solat lagi adalah kan...

    BalasPadam
  4. Apa untung kmpul buat smua ni? Btul, jgn la nk ambik port sgt dlm bola ni. Mcm dh fanatik dh, kalah pun tak boleh terima. Malu la..

    BalasPadam