Sendawakan bayi .. Pentingkah ?

by - Sabtu, April 14, 2012

 

Baru pas Qhaliff menyusu .. Wife serah kat aku untuk aku sendawakan dia .. Camana nak sendawakan dia ? Aku tengok camana mak mertua aku buat .. Try .. Gulp ..

Risau dengan kelembutan badan dia terutama lehernya yang mudah terliuk liuk tu .. Kena pegang betul betul .. Si Qhaliff ni lak jenis liat skit cam .. cam sapa eh ? Mak dia ke , ayah dia ?  Hurmm .. tak kisah laa .. Janji kena bagi sendawakan dia ..

Pentingkah nak kasi bayi sendawa ? Pernah dengar kes kes tersedak susu ? Tau kan apa jadi kiranya bayi tersedak susu .. Hurmm .. Maka sila amik perhatian terutama bakal ibu dan ayah .. Banyakkan membaca ..

Cuma aku nak tau la kan .. Kalau kita terlepas dengar yang bayi sebenarnya dah sendawa, camana nak tau yer ? Atau dalam erti kata lain , kita tak pasti samada bayi dah sendawa ke belum ? Camana nak tau mereka dah sendawa ?

Jom cuba teknik sendawakan bayi yang aku amik dari blog rakan .. Aku pon dalam proses nak belajar ni .. huhu ..  Puas aku nak sendawakan Qhaliff.. Memanjang aku yang sendawa …

 

 

image

  1. Cuba tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
  2. Cuba dakap bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepalanya ke bahu dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  3. Cuba telentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut.
  4. Cuba dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi, rehatkan dagunya di atas lengan dan tepuk atau gosok belakangnya perlahan-lahan.
  5. Cuba pegang bayi dalam keadaan tertiarap di atas lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan.
  6. Cuba letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
  7. Cuba duduk tegak sambil memeluk bayi (over your shoulder). Pada posisi ini, dagu si kecil sebaiknya berada di bahu Anda. Pegang kepalanya dengan satu tangan, sementara tangan lainnya menggosok bahagian belakangnya.
  8. Cuba pegang bayi dalam posisi duduk di pangkuan Anda, di tengah-tengah paha (sitting on your lap). Letak sebelah tangan di belakangnyanya, dan satu lagi di antara perut dan dadanya. Pastikan bayi berada dalam posisi yang selesa. Setelah itu, usap dengan perlahan belakangnya sampai ia bersendawa.

Sumber – Anamarzablog

 

Apa yang patut buat bila bayi tersedak susu ?  Cara rawatan jika bayi tersedak susu ialah dengan melakukan teknik seperti yang ditunjukkan di bawah ni ..

imageimage

Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

image

  • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
  • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
  • tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan

image

  • Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
  • Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
  • Sumber – MamaLuveirfan

    You May Also Like

    14 comments

    1. memang penting..semua utk kesihatan & keselamatn bayi itu..bile entah NAL dapat praktikkan benda ni..hee

      BalasPadam
    2. tersangat la penting
      selagi baby belum sendawa risau betul..selagi tu la kene tepuk sehingga sendawa.bile baby da sendawa alhamdulillah hati pon senang =)

      BalasPadam
    3. adik yana pernah tersedak susu. ayh yana sedut ikut hidung. nyaris2 kot time tuh. jgn main2 mnde nie.. tkot woo.. :)

      BalasPadam
    4. saya sendiri pernah sendawakan anak saudara, pengalaman pertama kali tu mmg la rasa takut... *terbayang2 tgh sendawakan anak sendiri.... *kahwin pun belum lagi... Huhuhu....

      BalasPadam
    5. Penting tu! Lagi satu nak pesan ketika isteri menyusukan badan jangan baring nanti tertidur..

      Kisah benar pengalaman 3 tahun di hospital pediatrik 17thn lalu ,ada ibu dlm pantang berlari dgn anaknya dah kebiruan kat wad tapi meninggal dah ..Hampir meroyan dia.

      sebab dia tertidur dan anaknya lemas sebab tertimpap...(faham2lah) dia asyik salahkan diri dia je.
      Sekadar pengajaran...Kejadian depan mata..

      BalasPadam
    6. My son, pesakit jantung sejak lahir, dah 3 kali dibedah, dan sekrang alhamdulillah dah umo 2 tahun dah. Mula-mula memang sangat2 risau, tak tahu boleh ke tak handle sbb dlm family mmg tak penah ada history, so mmg ssh nak rujuk kat family. Takkan nak call Doctor tiap saat kan?Tapi, alhamdulillah, zmn sekrang ni INFO semuanya dihujung jari. Teruskan belajar Ben!Sama-sama kita belajar.:D

      BalasPadam
    7. penting !ank buah clara bila lepas minum susu je, mesti akq akn tepuk blkg dia bg sendawa.

      btw, abg clara suka sgt goyangkan anak buah clara (Hannah). Bila dia goyang2 kan, terus keluar muntah. Knpe eh? ank buah clara byk kali muntah.. mak kate, terlebih minum susu.. tak tawlah betul ke tak..

      BalasPadam
    8. Info yang bagus untuk dikongsi dengan semua pembaca. Tahniah di atas kelahiran anak sulung.. Semoga Qhaliff membesar menjadi anak yang soleh dan beriman.

      BalasPadam
    9. sgt penting...jgn bnda2 kecik mcmni buat kita menyesal..

      BalasPadam
    10. Kes bayi mati tersedak susu boleh terjadi bila parents letak bantal bawah botol susu masa nak tidurkan bayi.
      Ada sesetengah dr mereka tu, pegi pandai2 tebok lubang puting botol susu. keadaan ini sgt bahaya sebab bayi tu tak sempat telan semasa baring dan bila bayi itu sedang tido, anak tekaknya automatik tutup.

      -sekadar ingin berkongsi sbb sy study dlm bidang ni.

      BalasPadam
    11. banyak kes pusat penjagaan yg abaikan bab2 sendawakan bayi nih...tuh yg banyak kes bayi tesedak susu tuh...

      BalasPadam
    12. owh, rumit jugak step untuk sendawakan baby.selalu jugak tgk baby sendawa

      BalasPadam
    13. salam persahabatan...

      amat penting??
      bayi perlu disendawakan apabila peh menyusu...
      cara terbaekk dan cepat bay tu sendawa adalah...
      letak baby di atas bahu...seperti di tunjukkan didlm gambar paling atas..

      banyak kes terjadi budak tersedak susu lagu tuh lah...dibiar menyusu sendiri...tanpa disendawa kan...ermmmm...sorry en ben terover komen yer...:))))

      BalasPadam