Asal Qhaliff menangis mesti comel kan ? Ayah dia ??

by - Ahad, April 15, 2012

 

image

Mak Qhalif dah pening kepala .. Ayah dia lak , tak cukup tidur ..  Qhaliff lak , nehh .. budak budak .. mana tau apa apa kan ? Tau akan , berak , nangis , senyum.. Alhamdulillah .. Kang dah boleh cakap , lain pulak ceritanya kan ?

Kenapa bayi menangis yer ? Mengikut dari apa yang aku sendiri dah alami dari pengalaman bersama Qhaliff selama 14 hari  , Qhaliff paling banyak menangis sebab lapar .. Kemudian statistik menunjukkan Qhaliff menangis sbb berak .. Di tempat ketiga pula , Qhaliff menangis sbb tak selesa , cam suhu bilik yang panas menyebabkan berpeluh di badannya .. Di tempat ke empat lak , aku tak pasti lak sbb bila dia nangis , kebanyakkan mak mertua yang g pujuk dia .. Aku punya part belah malam time semua tidur .. Huhu..

Ok , jom tengok tips tips dari beberapa buah blog yang aku amik mengenai mengapa bayi menangis. Jangan ingat yang belum kawin tu tak perlu amik tau .Kot boyfriend korang menangis berpunca dari kes  yang sama .. Sapa tau kan ?

Dari babycenter.com.my

1. Saya perlukan makanan

2. Saya perlukan keselesaan

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk

4. Saya perlu dipeluk

5. Saya perlukan rehat

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu

Bila bayi menangis , apakah yang perlu dibuat ? Yaaa, buat dek ! Buat laaa kalau berani ! Kang kena serbu dek polis baru tauu.. Penderaan kanak kanak okeh !! Haaa .. Apa yang perlu dibuat ialah .. Jangan sesekali call aku okeh sbb aku pon dok belajar .. Hehehe ..

Ini tips dari babycenter jugak yang berguna untuk aku dan wife ..

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi

Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.


Dapatkan ritma yang teratur

Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)


Buai-buaikan bayi

Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.


Cubakan urutan

Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu

Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

image

 

Mungkin akan ada sebab sebab lain sbb gangguan serangga atau byk lagi.. Cuba kongsikan pengalaman anda  di sini ..

You May Also Like

11 comments

  1. seeloknya sebelah siang jangan bagi dia tidur sangat, biarkan dia berjaga.. nanti malam pasti dia tidur lena! pastu susukan dia setiap 2 jam sekali pada sebelah siang, jadi sebelah malam dia akan lebih kenyang dan jarang terganggu tidurnya.. kalau dah tiba masa dia menyusu tapi dia tidur, kejutkan je! make sure dia menyusu setiap 2 jam ye..

    cubalah buat, pasti membantu!

    BalasPadam
  2. part peluk baby tu best.. haha.. comelnya dia.. XD

    BalasPadam
  3. tahniah saudara BEN dgn kehadiran anakanda comel ni..
    ikut kata lecturer akak dulu (pakar kanak2) suara org lelaki mampu menenangkan bayi yg resah berbanding suara perempuan.caranya ialah dgn mendokong bayi dibahu & nyanyikan dgn suara perlahan @ humming(org Islam zikir lg baik)...

    BalasPadam
  4. Dua tahun lagi, sorang lagi muncul, gegurl pulak.....

    BalasPadam
  5. salam bro
    rambut Qhaliff kena cukur kasik licin tu, rambut tu kotor kena buang ikut sunnah gitulah.
    memang org zaman sayang tengok rambut baby lembat, cantik je..tapi rambut masalah bagi dia, kesian Qhaliff :)
    rambut yg dh dicukur tu ditimbang dan dinilaikan sama dgn nilai emas sekarang...
    kemudia sedekahlah duit yg sama nilai dgn emas tadi kat mana2... :)
    sekadar cerita dari pengalaman je...

    BalasPadam
  6. wahh tips diatas sume nya selalu pernah buat utk ank sedara..tapi yg bab "menghisap jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang"
    x penah tahu pulak..so info yg sangat menarik bagi saya.

    BalasPadam
  7. Belum abes belajor.
    Tapi molek juga kiranya gua baca awal-awal ni.

    Go Qhallif go qhaliff! =)

    BalasPadam
  8. Ben, cuba sapukan minyak yuyi di perut n tapak kaki. Kemudian, perut di pakai barut supaya bayi x mudah kembung perut. Satu lg, baby boy ni kena selalu tengok anunya sbb takut angin pasang. Baby nangis mungkin x cukup susu, bole cuba mkn lobak putih utk tambah susu ibu.
    **silent reader**

    BalasPadam
  9. kalau semua perkara dah dibuat dan pujuk, bawa juga ustaz,pi kat darul syifa sek 1 bangi

    BalasPadam
  10. petua last tue,kalau boleh jgn manajakan sgt baby isap puting baby yg plastik punyer tu abg ben..jarang2 boleh lah sbb nt susah kalau terlalu bergantung kt puting tue..:)

    BalasPadam
  11. walaupun masih bayi tapi mereka ni kenal bau ibubapanya,sentuhannya,suaranya...dia nak manja la tu...kata org tua2...dia dah pandai nak ajar kita ikut kehendak dia....takkan nak biar...ikut je la...hehehe...

    BalasPadam