214 shares ?

by - Isnin, Jun 17, 2013

 

image

Mak aihhh .. Terkejut jap aku melihatnya .. 214 ? Gambar ni aku amik dari instagram rakan .. Isunya menarik perhatian aku cuma tak sangka la ianya ‘hot’ begini .. Ini bermakna isu tambang tiket bas ekspress naik ni bukanlah perkara yang kecil . Ramai yang terasa punya la ! Naik tu pulak bukan seringgit dua .. Hurmm .. Bayangkan kalau pelajar yang kerap balik kampung tu ? Elok elok rajin ziarah orang tua , dah tak pasal pasal ada alasan untuk tidak pulang menjengok mereka ..

Ada yang suka membandingkan dengan negara luar .. Kalau nak bandingkan , bandingkanlah dari semua aspek ! Jangan tengok tang satu tu jer .. Mana adil , kan ?

Walaupun aku tak naik bas ekspress tapi aku simpati dengan mereka yang menggunakan perkhidmatan ini .. Yelah ,waktu wife pantang di Kelantan dulu pun seminggu sekali aku naik ke sana .. Gi balik dah berapa kan ?

Aku malas nak tuding jari .. Nanti ada yang kaitkan dengan politik .. Padahal ? Ok , senang citer gini je la .. Bayangkan nanti korang ada anak .. Bukan sorang dua .. Tapi 3-4 orang dan berada  negeri lain. Korang nak belikan sorang satu kereta ? Kalau mereka tak balik ziarah orang tuanya dengan gunakan alasan tiket bas mahal , camana ?

Harapnya dengan kenaikkan harga tiket ni , mutu perkhidmatan semakin bagus dan pemandu pon silalah memandu dengan cermat .. Jangan ingat dalam bas tu takde nyawa .. Dan di jalanraya tu , takde orang dalam kereta …

You May Also Like

13 comments

  1. memang tinggi kenaikannya.. perlu difikir-fikirkan...

    BalasPadam
  2. dah terlambat nak tukar balik..sedia jer sehingga 5 tahun akan datang..

    BalasPadam
  3. kesian kpd para pelajar. lagi2 yg xberkemampuan.

    BalasPadam
  4. benda ni bukan pasal politik tapi pasal kemampuan rakyat. tak kira sokong parti apa tu yang naik bas bukan dari golongan vip, vvip,anak jutawan bagai.. bukan penyokong pembangkang je dari golongan berpendapatan rendah, yang sokong kerajaan pun ramai jugak yaang berpendapatan rendah & memerlukan transport awam. kalau rega kereta turun rega tambang bas naik.. kena fikir bukan semua orang pun mampu pakai kereta semata2 tak nak bayar tambang bas yang makin mahal. yang takde pilihan terpaksa juga bayar.. yg guna bas untuk jimat dah takde ruang untuk penjimatan. sebab naik apa2pun semua dah mahal

    INFO >>MEROYAN YANG SEBENAR PATUT KORANG TAU

    BalasPadam
  5. moga perkhidmatan yang disediakan selepas kenaikan ini tidak mengecewakan..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Hebahkan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan di laman web www.produkmuslim.info

    Terima kasih

    BalasPadam
  7. skrg ni sume harga nk naik..pas ni xtau la ape plak..

    BalasPadam
  8. mmg pon bang ben . saya ni belajar kat kelantan , nak balik melaka pun memikir la jugak . aduhai ! sesak nafas . dulu RM50 je . sekrang dah kira2 .. RM64 . bukan sikit a.ben oi ! 14 hengget naik wo !! demam nie ha ! haha

    BalasPadam
  9. harga tiket bas naik mencanak jugak ke time raya nanti?

    BalasPadam
  10. perghhh...bapak mahal...kesian betol la

    BalasPadam
  11. yep. baru lepas usha harga 10% yang naik tu. Even saya bukan pengguna bas ekspress tapi ayah dan mak saya selalu kalau balik johor naik bas ekspress sebab murah. ni bukan soal sokong siapa atau apa, ni masalahnya rakyat bukan semuanya kaya, kalau tambang naik seiring dengan perkhidmatan yang bagus, itu maybe orang akan fikir 2 3 x even tak setuju macam mana pun. tunggu je lha lepas ni apa pula y naik. :)

    BalasPadam