Ke Grand Final Malaysian Invasion 2013 !

by - Sabtu, Jun 22, 2013

 

Baru-baru ni aku terima satu jemputan untuk menyaksikan secara langsung pertandingan yang cukup mendapat tempat di hati peminat seni mempertahankan diri iatu MALAYSIAN INVASION , MIXED MARTIAL ART FIGHTING CHAMPIONSHIP !

Terus terang , ini kali pertama aku menontonnya .. Tak pernah tengok di tv atau secara langsung di stadium .. Bila dapat peluang begini , sememangnya aku tak lepaskan .. Terima kasih Tune Talk !

Aku ajak wife gi sama dengan aku. Hehehehe .. Pada mulanya , dia tak nak tapi bila aku kata dia pasti suka .. baru dia nak ikut .. hehehhe ..

 

Bertempat di Stadium Negara , pertandingan akhir ini dimulakan dengan peserta dalam negara terlebih dahulu . Walaupun mereka ini cumalah amatur tetapi gaya dan aksi mereka cukup mengagumkan aku !

Dan kemuncak pertandingan ialah SuperFights yang mana menemukan jaguh jaguh bertaraf profesional !

944361_536733316361704_525267727_n

Sepanjang aku di sana , aku cukup terhibur .. Bukan kerana menyaksikan ‘pergaduhan’ tetapi sukan yang benar benar mencabar kesabaran ! Belum tentu semua orang mampu berada di tempat mereka !

Contoh la kan .. peserta ditumbuk hingga berdarah di hidung dan kening tetapi apabila loceng dibunyikan , mereka berhenti secara automatik ! Ini menunjukkan mereka di situ atas kerana semangat kesukanan ..

Yup , mereka ini sangat layak digelar ‘fighter’ kerana bertanding dengan semangat  kesukanan .. Tidak ada yang melawan cakap pengadil mahupun meluahkan rasa tidak puashati setelah tewas. Mereka terima dan menariknya mampu tersenyum walaupun tewas !

Ahhhh .. aku sungguh enjoy malam tu .. Wife pon begitu.. Walaupun perlawanan dah tamat , kami tetap bercerita mengenainya di dalam kereta ! Teruja dan aku tak mampu berada di tempat mereka ! Hehehe ..

Bagi kengkawan yang tak sempat menontonnya lagi , nanti leh tonton di Astro Star Sports .. heee ..

You May Also Like

0 comments