Nyaris ditimpa kelapa sawit !

by - Isnin, Jun 03, 2013

 

Alhamdulillah .. sampai dah umah .. 12 jam perjalanan .. Pelik tul laaa .. Orang lain buat 6-8 jam tapi aku senantiasa 12 jam walaupun takde jammed !!! Adehh .. byk sangat ‘ makan angin ‘.. Aku bawak pelan je tu.. Tu pun leh kena 3 AES !! Mangkuk tul kamera tu .. Aku kata kamera yer .. Bukan orang yang meluluskan penggunaan AES tu yer .. Orang tak bersalah .. Kamera yang bersalah !

Ok , sambung .. Aku tak ingat belah mana tapi rasanya kat Benta .. Lori yang dipenuhi kepala sawit tu dari simpang sebelah kanan tiba tiba dengan pantas memotong kereta aku untuk berada di hadapan !

Tiba-tiba muatan beberapa bijik kelapa sawitn yang bersaiz besar terlepas dari jaringan yang menutup muatan tu , lalu berderai di atas jalan raya .

Nasib baik la aku pandu perlahan selepas melihat ‘kelakuan ‘ lori tu dari jauh . Aku sempat brek untuk elak sebijik berguling ke arah bumper aku ! Hahahah .. Oh noooo .. Nasib baik kereta di hadapan memberi laluan kepada kereta yang dipandu aku untuk menyelamatkan diri ! Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih. Baguskan aku ?

Bayangkan jika aku berada rapat dengan lori tadi ? Aku rasa kereta baru aku confirm dah serupa kereta Upin Ipin !

Moralnya , jarakkan kereta anda .. InshaAllah selamat. Kamera Aes takkan selamatkan anda tapi kesedaran diri sendiri tu penting..

You May Also Like

6 comments

  1. betul la..bila lalu lebuhraya terutama malam..banyak kenderaan berat..jarak kenderaan mesti kena jaga..semua orang MESTI berhati-hati..

    BalasPadam
  2. betul... jarakkan kenderaan... sangat setuju...

    BalasPadam
  3. hah.. itu la.. kdg2 kite ni dah berhati2 sgt dh tp org lain yg buat kite boleh terjerumus dlm kelalaian diorang...

    BalasPadam
  4. dekat area sane memang banyak lori, lori sawit, lori getah, lori lombong..tapi xpernah jumpe lagi la yang duk potong ,macam tu...nasib baik xmmbahayakan nyawa...

    BalasPadam
  5. pernah my husband stuck berjam2 sbb lori kelapa sawit bertabur buahnya.. mmg tricky sikitla laluan balik kelantan ni kan...

    BalasPadam
  6. situasi yang cukup RARE bagi seorang pemandu macam saya hehe. Apeerpun, alhamdulillah abg ben dan family selamat sampai :)

    BalasPadam