Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Februari 2014

Ada ke suami berat tulang ?

 

[BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ☺]

::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA. 

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak ☺ betul? betul?

tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Jom tag pasangan anda.. ^__^
:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA ☺

::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal ☺

Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW ☺

Hurmm.. Aku terus terang la yer.. Takde apa yang aku nak bangga sangat dengan apa yang aku buat sekarang ni sebab ramai suami di luar sana tu jauh lebih hebat dari aku ni ..

Bila gambar aku ni dah tersebar sana sini dek artikal suami isteri tu , aku jadi segan sebenarnya. Hurm.. Setakat jemur baju , basuh pinggan .. sapu rumah .. rasanya ramai suami buat gitu ..

Sebenarnya , tak yah kira la suami atau isteri .. bila datangnya bab bab gini , bertolak ansurlah .. Si suami pon kena dah korban dah bab bab bersosial bersama sama kawan.. Seminggu sekali tu , ok la kot.. Tapi kalau tiap kali lepas kerja nak melepak , rasanya baik jadi bujang balik .. Hurmm..

Aku tak nak berleter bab ni.. Rasanya mereka yang dah berkawin , pasti tau apa yang sesuai untuk mereka. Hargai apa yang ada di dalam tangan. Jangan dah jatuh , nak kutip balik atau dah tercicir baru nak gi cari !

3 komen :

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Contoh suami mithali :)

tifa anvar berkata... [Reply to comment]

mmng saya respect suami yg buat kerja rumah ni. yelah walau hanya
basuh pinggan, sapu rumah, sidai kain x ramai yg snggup buat tau ben. ade jugak pinggan sendiri pn x reti basuh.salute for u ben

Mish Meeniey berkata... [Reply to comment]

ur son , Qhaliff akan proud of u . So , do drop here (http://mishmeenieyempire.blogspot.com/2014/02/something-to-be-remembered.html) sya cerita fsl ayah :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI