Pertandingan ‘Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ‘

by - Selasa, Februari 25, 2014

Avent 30th Anniversary

AVENT.. Sapa laaa yang tak kenal syarikat yang dah cukup popular ni .. kan ? Terkenal serata dunia dah dengan produk barangan bayinya tu..

Tahun ni AVENT akan menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 30 tahun dan akan menganjurkan satu pertandingan khas untuk semua ibu bapa dan pastinya pertandingan ini menawarkan hadiah yang dari Philips Malaysia yang bernilai RM699 untuk dimenangi !

Apa yang perlu dibuat ? Sapa yang layak join pertandingan ini ? Bilakah ianya bermula dan berapa ramai yang boleh memenangi pertandingan ini ?

Hadiah

Ok.. aku mulakan dengan hadiahnya .. Sebab kalau menarik , pasti ramai teruja nak join kan ? Ke nak tau sapa je yang layak join ? Hahahah .. Ok ok.. Aku kasi tau hadiahnya terlebih dahulu ..

Philips Malaysia dengan sudinya memberi hadiah kepada para pemenang yang terdiri dari dua kategori :

•4 x grand prizes: produk Philips AVENT  bernilai sehingga RM 699
•Top ten (10) voters akan menerima Philips AVENT Toddler Meal Time Set setiap seorang .

Para pemenang akan diberitahu melalui email oleh Philips AVENT Malaysia berdasarkan permohonan lengkap yang anda isikan sewaktu nak join masuk pertandingan ni.. Jadi , tolong isikan dengan lengkap dan tepat ! Kalau tak tepat , camana nak bagitau anda menang ?? Haaa.. Kan dah rugi !

Dan pemenang yang tinggal area Lembah Klang bolehlah amik hadiah tu sendiri di showroom yang akan diberitahu pada anda kelak. Senang gituuuu.. Tak yah tunggu tunggu .. kan ??

Syarat Pertandingan

Amacam ? Menarik ? Aku tau dahhhh .. menarik punya ! Bukan susah pon nak join pertandingan ni.. Haaa.. Sekarang aku bagitau sapa yang layak join ..

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penduduk dengan kelayakan yang diiktiraf mahupun mereka yang ada passport .. Heheheh..

Yang kedua … Pastikan anda jadi fan di Philips AVENT Facebook Page (http://www.facebook.com/PhilipsAvent.my dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.

Setiap peserta cuma layak menang satu hadiah saja yang ditawarkan .. Adil la kan ? Kasi orang lain gak laaa kannn .. haaa ..

Tarikh Pertandingan

Pertandingan Philips AVENT Mummy’s Wishing Wall ini akan bermula pada 24hb Februari 2014 dan berakhir pada 30hb Mac 2014. Mana mana penyertaan dan undian selepas tarikh akhir , tidak akan diamik kira yer .. Harap maklum. Jadi kena cepat cepat cepatttt hantar sebelum tutup. Aku pun nak hantar gak ni !

Cara Penyertaan

Ok .. untuk menyertai pertandingan ni , mudah jer ..  Sila ke Philips AVENT Facebook Page  dan “LIKE” di Philips AVENT “Mummy’s Wishing Wall”.

Kemudian lengkapkan segala maklumat anda dan juga anak anda di form yang disediakan di situ. Pastikan lengkap dan tepat yer.. Kang menang , alamat tak betul .. rugi dah !

Ok.. dah ? Sila upload gambar anak anda tidak melebih 5MegaBytes dan sila pilih kategori yang di dalam senarai yang disediakan seperti di bawah ini .

  • Health
  • Safety
  • Education
  • Others (e.g. transport, etc.)

Jangan lupa sertakan ucapan yang berkaitan dengan kategori yang anda pilih tidak melebih 500 patah perkataan dan pastikan ada hastag  #PhilipsMumsWish ini.

Siap ? Ok, bahagian paling mudah.. Kongsikan penyertaan anda di  Facebook Twitter and Instagram dan mintak rakan rakan anda undi anda di kesemua media sosial yang aku bagitau tuu.. Haaa..

Ok .. Setiap kategori ada pemenangnya. Ini bermakna ada ramai pemenang. Diulangi , setiap peserta hanya layak menang satu hadiah saja ..

Pemenang akan dipilih melalui penyertaan yang kreatif berdasarkan gambar dan juga ucapan yang dihantarnya. Setiap peserta boleh hantar sehingga 5 penyertaan.

Jangan risau .. kalau tak menang bahagian yg dinyatakan tu , boleh cuba utk bahagian TOP TEN VOTERS tuuu.. Haaaa ..

Apa lagi ? Jom la join.. Aku pon nak gak join ni.. Nak cari gambar Qhaliff paling comel ! Heeee …

You May Also Like

2 comments

  1. Hai En Ben .. Info Silap Sikit La .. Untuk Patah Kata Tu Tak Lebih Dari 500 SILAP tp yang BETUL Tak LEBIH drp 100 Patah Perkataan Jer

    BalasPadam