“ Ben , nak letak iklan kat blog .. “

 

Alhamdulillah .. murah rezeki bulan ni .. Sangat murah ! Syukur pada Allah. Dapat la bernafas utk sebulan dua lagi.. Gini la kais pagi makan pagi.. Jangan sesekali mengeluh dan putus asa.

Maka , bila ada pengiklan berminat nak letak iklan .. maka aku kena buat banner iklan mengikut kehendak mereka. Nak cun tu , tak la sbb aku bukan designer. Dulu masa muda muda leh la.. Skill dah tumpul dan takde masa ! Ni buat pon kena curik curik skit..

Kesannya bila aku curik curik buat banner ?

Photo

Telur rebus , dia kasi carpet yang makan .. Milo kotak tu… dia kongsi sama dengan cadar ni ha ! Mak dia baru je tukar kelmarin ! Dah la air tengah takde ni. Nak kena basuh pulak menda menda ni..

Tak pe la Qhaliff.. Daddy anggap rezeki yang masuk ni rezeki kamu dan adik kamu. Dapat la daddy tapau handphone baru satu .. Lalalalala …

Ke ada orang nak sponsor handphone kat aku ? Hahahahha .. Ada juga pengomen tu muncul ..

Ada yg nak iklankan produk mereka kat blog aku lagi tak ? Sebelum awal bulan.. Email je kat aku ..

11 ulasan:

  1. Itulah dia kalau ada anak kecik... Takpelah nanti dah besar senanglah sikit nak buat benda-benda lain

    BalasPadam
  2. Haha aduyai Qhaliff ni kan. Kesian daddy n mummy tu, habis dikotorkan semua tu. Sabar ye abg ben :)

    BalasPadam
  3. Rezeki kita untuk anak2. Akak kalau ada yg nak bagi hp nak jugakkkk...rezeki jgn ditolak Ben.

    BalasPadam
  4. kais pagi makan pagi tapi boleh beli hp tu. :)

    BalasPadam
  5. Moga makin bertambah rezeki di tahun 2014 nie :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum abg ben,
    sungguh rezeki Allah itu tak pernha tersalah alamat, kalu mmg kita punya mmg kita punya kalo x , Allah nak bg lagi baik.

    dan qhalif jgn noty3 tau!

    BalasPadam
  7. qhaliff tak sengaja tu abang ben...

    BalasPadam
  8. Qhaliff pun nak tunjuk bakat buat iklan juga ye..hehe..tak sengaja tu..

    BalasPadam
  9. hehe...biasa lah anak kan...bro ben, bukan nk minx iklankan produk...tp nk blaja cmne nk jana income dr blog mcm bro buat...mana tau kot2 blh masyuk...hehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009