MLM 2013 : Malam kegemilangan Bocey !!

 

Aku tak pernah kenal Bocey.. Tak pernah tau pun kewujudannya. Tapi sejak kumpulan ni melangkah ke pusingan suku akhir , aku dapat rasa mereka bakal memeriahkan lagi dunia komedi negara kita ..

Sungguhpun mereka tak menjuarai MLM 2013 , mereka telah berjaya mengumpul peminat peminat terendiri termasuk aku. Heheheh .. Komedi mereka menjadi malam ni .. Cuma sayangnya , ramai tak nak mengundi mereka termasuk aku juga.. Kena jimat duit wehh !! Nak bayar duit Astro lagi haa ..

Buat juara , SepahTu .. mereka beruntung sbb mereka dah dikenali terutama di Astro. Jadi tak sukar nak mengutip undian sms. Juri punya bintang , mmg tak leh pakai sangat.. Yang tak lawak pon dapat 4 bintang.. hehehe .. Jangan kata lak , “ Ben , apa kata ko jadi juri jer ! “. Ini cuma pendapat penonton yang bayar Astro tepat pada masanya setiap bulan ! Hak aku untuk mengeluarkan pendapat..

Buat Nabil dan Jambu , walaupun anda tak lawak untuk MLM 2013 tapi di Karoot Komedia , anda tetap menjadi pilihan aku selain Yus.. Hehehe .. Jangan putus asa yer.. Sekurangnya , anda telah belajar bahawa tak semua mimpi bergelar artis itu indah belaka ..

Shiro , anda telah buat yang terbaik cuma bukan rezeki anda… Rahim paling untung malam ni .. Kereta dapat .. 500,000 pon dapat ! Hahahha.. Memang rezeki dia .. hahaha ..

Ok , nak buang Mustika pasni dah .. Skool Of Lawak ? Tak pe laaa .. Buang duit jer ..

7 ulasan:

  1. Sama la bro..sebelum ni memang tak kenal kumpulan Bocey..terfikir jugak..dari mana datangnya kumpulan bocey ini..Walaupun mereka pendatang baru dalam dunia lawak Malaysia. Tapi, pretasi kumpulan selama 13 minggu dalam MLM 2013 memang terbaik..

    BalasPadam
  2. Bocik + Achey = Bocey .
    Peserta Bintang Mencari Bintang Tv3 tahun lepas . Achey tu juara BMB . Abg ben klau nk tgk dia , boleh tgk cerita Kintang Kintung hari ahad pkul 9 . Cerita tu kupas psal isu semasa mcam rempit , rumah sewa , lain2 :))

    BalasPadam
  3. boleh main buang2 erk Astro Mustika??
    haha senang hidup.

    BalasPadam
  4. yup abg ben...lebih suka tgok bocey...walaupun pendatang baru tapi terasa mcm dieorg dh lama dlm bidang lawak...cuma mungkin bkn rezeki diaorg smlm...

    BalasPadam
  5. Lebih suka lawak Bocey dan Shiro tapi dah rezeki Sepahtu kan..huhu

    BalasPadam
  6. Suka tgok bocey..skrg sume video dr mggu 1 smpai final aku smpan..byk kali tgok x jemu...aku mmg peminat bocey...hiup Bocey..hidup..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009