Sepetang bersama anak ..

 

Lama tak bawak dia jalan jalan kat sini .. Tapi seperti biasa , dia lebih suka berlari dari berjalan dan yang menakutkan aku ialah , dia menuju terus ke tasik ! Aihhhhh ..

Bahaya gitu.. Nak tak nak , aku kena guna cara ni jer untuk elakkan dia menghampiri tepian tasik tu.. Bukan tak caya tapi bila aku turunkan dia dan biarkan dia , dia berlari ke situ gak.. Hahahah.. Akal banyak .. Nak main air .. Rumah dah kena catu air.. heee..

Photo

Dialog ni rekaan je yer .. Daddy tak borak ngan Qhaliff gitu. Biasanya kitorang borak pasal politik USA jer .. Menarik skit sbb melibatkan banyak agensi rahsia .. Hahahah ..

Bila bab makan je aku tekanan sikit .. Dia makan kejap jer pastu nak turun merayau. Bila merayau tu , bukan dekat dekat ! Adehhhh .. Untuk elakkan dia buat gitu , kena rasuah cerita yang dia tak pernah tengok .. Hurmmm .. Letih gak nak kena download youtube ari ari ..

Photo

Kalau dia begini , aku dengan tenangnya dapat menikmati juadah aku .. Kalau tak , serupa lembu ragut rumput jer .. Janji kenyang ! Adehhh ..

Untuk korang yang bujang tu , sila nikmati makanan walaupun maggie sekali pun. Nanti ada anak , korang makan untuk terus hidup jer.. hahaha.. Sementara nak besar jer ..

3 ulasan:

  1. hahaha..ayat last tu kelakarlah..tergelak saya..tapi kalau ada anak memang macam tu kan. Macammana nakal pun perangai diorang, ibu dan ayah tetap bersabar dan sayang. Walau saya tak kahwin lagi tapi saya faham perasaan tu sebab saya ada kucing yang saya jaga macam anak. Jadi ia juga memupuk rasa kasih sayang di jiwa kita :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.