Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Mac 2014

Bos pemalas atau staff naik lemak ?

 

Seorang kenalan di FB msg aku baru baru ni. Dia tanya aku camana aku dapat bersara awal sewaktu bekhidmat di bawah Kementerian Pelancongan.

Buat pengetahuan , aku dulu berstatus kontrak. Ada juga terima panggilan untuk temuduga tetap tapi aku tak pergi. Aku tak beberapa nak berminat untuk bekerja dengan orang sangat.. Dan aku ketika tu pon ada hypertension.

Sekarang , bila sendiri jadi bos , sendiri kuli .. ok dah.. Heheh..

Ok.. Kawan tu ada tanya aku dan menerangkan kenapa dia nak bersara awal .. Menurutnya , dia stress dengan bos dia . Tengah cuti bersalin pon siap call tanya pasal kerja. Huhuhu .. Jadi , dia nak bersara awal utk jaga anak dia ..

Hurm.. Ok.. aku paham ..

Kebanyakkan gitu bila bekerja dengan orang orang yang berpangkat tapi tak tau nak buat kerja. Dia hanya bijak beri arahan. Bila orang bawahannya takde , dia mati kutuk. Tak tau nak buat apa. Part mengarah , bijak.. Tunjuk yang dia seolah olah pandai buat kerja terutama depan orang atasan..

Bila orang bawah mula bengang , mereka akan buat hal.. Bila buat hal , mula la tuduh kata naik lemak atau besar kepala .. Padahal , bos tu yang punya angkara ..

Tak dinafikan mmg ada staff  yang besar kepala atau ego  terutama pada boss yang baru dan cetek pengetahuan. Bagi aku , boss tak perlu nak marah atau naik angin.. Dia kena bijak tackle orang bawahannya.. Maklumlah , yang jadi bos di zaman ni , sbb pendidikan tingginya. Jadi , buktikan la..

Nasihat .. kalau nak maju , bergading bahu je la.. Tak perlu nak tunjuk sapa lebih bagus. Dua dua makan , dua dua kenyang … sudahlah.. Yang penting berkat..

5 komen :

budak berkata... [Reply to comment]

setuju. belum tambah lagi yang kaki kipas. lagi tension jadinya. hehe

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

bosses kena master the arts of handling and dealing with people, bukan mudah menjadi boss ni...

akuzle ayu berkata... [Reply to comment]

Inilah penyebab utama penyakit2 tak berjangkit kat Msia now, Ben. Bukan salah gula atau garam. Staf bawahan swasta n kerajaan yg kerja bermati2an dan bersungguh2 tapi bos yg dpt nama atau kredit..

fatimatuzzahra berkata... [Reply to comment]

both!!!

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

skuterlady berkata... [Reply to comment]

1 punca yg jadi masalah camtu, bila bos liat nak belajar dari anak buah, liat nak amik tau dan... lebih senang bergantung pada anak buah 100%...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI