Cermin mata ku hilang secara misteri !!

 

Photo

Antara kenangan terakhir cermin mata aku bersama aku sblm dilaporkan hilang hari ini ! Hilang tanpa dpt dikesan sama sekali !!

Kali terakhir aku memakainya , aku ke gym tadi .. Pastu masa naik kereta , aku memandu ke kedai gunting rambut untuk mengkacakkan lagi rupa aku … Lepas tu , aku kembali ke kereta , aku dapati permandangan aku terlalu jelas dan nyata seperti Superman. Aku tak nak kantoi yang aku ada kaitan dengan Superman.. Aku kembali ke kedai gunting rambut tersebut lalu bertanya khabar mengenai cermin mata aku tu.. Orang tu kata takde .. Iskhh.. Biar betik rambutan durian dan juga mangga ni !! Hilang gitu jer ?

Perlukah aku meminta bantuan Raja Bomoh ? Iskh.. Jangan.. Aku akan ditampar juga seperti buaya nanti ! Hurmmm ..

Ahaaa.. inilah peluang yg ditunggu tunggu.. Cermin mata tu dah berusia lebih 2 tahun. Segala jenis kulat dah ada kat bingkai tu. Dah tiba masanya untuk menukar yang baru dan lebih elegan.

Apakah aku akan kelihatan lebih kacak dari Clark Kent selepas ini ? Hehehe.. Er , ada kedai cermin mata nak sponsor tak ? Hahahaha… Ada jugak yang komen marah aku nanti..

“ Asyik nak sponsorrrr jer !! “ .

Eh , mesti laaaa .. Win win apaa ! Bukan sponsor nganga ok !

11 ulasan:

  1. kes yang sama dengan saya... buat cermin mata qayyum kemudian tanpa sedar balik terus bila esoknya saya nak ambik no ic qayyum untuk urusan sapns baru teringat terakhir sekali disana... bila telefon dengan selambanya mereka cakap tak ada puan cari le... eh eh... sabar je la

    BalasPadam
  2. win win situation.. ok ape klu da rezeki abg ben. cermin mata sy ni pn x pakai duit sendiri tp peruntukan cermin mata dari pihak majikan. tapi boleh buat 3 thn sekali je la ngan bajet rm500

    BalasPadam
  3. exactly abang ben, bukan sponsor nganga...he he he, ok, i wonder how you will look like with the new glasses...mesti Qhaliff pelik sikit...

    BalasPadam
  4. kelakau lah abang ben ni.. hahahaha

    BalasPadam
  5. huahuahua... kena buat operasi SAR ni ben hehe..

    BalasPadam
  6. wahhhh sgt misteri..
    ish ish ish...

    cer ckp jerk nk yg baru kan senang..
    ekekekekkeke

    BalasPadam
  7. felixia yeap kan...she look so pretty in hijab..mudah2an Allah bukakan pintu hati dia..

    BalasPadam
  8. Win lose. Menang kalah. Menang membeli, alah memakai.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009